Ringgit terus jatuh hari ini, Bursa Malaysia pula didagangkan rendah

August 22, 2022 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika diniagakan pagi ini (22 Ogos 2022), sementara Bursa Malaysia juga didagangkan rendah setelah pelabur mencari saham pada harga rendah, selain tumpuan kepada kaunter perbankan, telekomunikasi dan penjagaan kesihatan.

Ringgit terus mencatatkan penurunan dari minggu lepas apabila tumpuan ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat berikutan kemungkinan satu lagi kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS, lapor Bernama memetik analisis peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4830/4860 berbanding dolar AS daripada 4.4760/4795 pada Jumaat.

Dalam nota penyelidikan hari ini, MIDF Research berkata ringgit merosot sebanyak 0.7 peratus kepada RM4.478 pada minggu ke minggu pada Jumaat lepas walaupun kemerosotan itu tidak begitu mendadak berbanding mata wang utama dan serantau lain.

“Pelonggaran dasar oleh People’s Bank of China baru-baru ini dan pada tahap tertentu, pertumbuhan yang lembap di China turut membawa kepada penyusutan nilai ringgit dan mata wang serantau,” katanya.

MIDF Research berkata minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 22 Julai lepas memberi petunjuk bahawa Fed terus komited untuk menurunkan inflasi kepada sasaran inflasi jangka panjang sebanyak 2.0 peratus.

“Kenyataan terkini daripada penggubal dasar Fed turut menunjukkan bahawa satu lagi kenaikan kadar yang besar dijangka dipertimbangkan pada mesyuarat FOMC yang akan datang pada 22 Sept 2022,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.4951/4981 daripada 4.5069/5104 pada Jumaat lepas dan naik berbanding pound kepada 5.1949/1984 daripada 5.3126/3167 sebelum ini.

Ia turut meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2642/2666 daripada 3.2767/2795 pada Jumaat dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2152/2178 daripada 3.2225/2254 sebelum ini.

Sementara itu, tindakan pelabur yang mencari saham pada harga rendah dijangka memberi tumpuan kepada kaunter perbankan, telekomunikasi dan penjagaan kesihatan berikutan jualan besar-besaran baru-baru ini, seterusnya menaikkan indeks petunjuk pasaran yang dibuka rendah pagi ini, kata peniaga.

Pada 9.23 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 8.14 mata kepada 1,496.30 daripada 1,504.44 pada Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.83 mata kepada 1,501.61.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 323 berbanding 137 manakala 249 kaunter tidak berubah, 1,619 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 248.13.34 juta unit bernilai RM143.43 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata beliau menjangka pasaran akan bertambah baik hari ini dan berada dalam julat 1,500-1,515.

“Bagi pendapatan korporat yang diumumkan setakat ini, kami mendapati bahawa bank, pekebun, Real Estate Investment Trust (REIT) dan entiti pembuatan terpilih (teknologi serta makanan dan minuman) melaporkan pendapatan yang kukuh,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa, Maybank dan Petronas Chemicals, masing-masing merosot empat sen kepada RM8.88 dan RM8.70 manakala Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing berkurangan dua sen kepada RM4.59 dan RM6.39.

Daripada saham aktif, Cnergenz naik 5.5 sen kepada 94 sen dan Agmo meningkat setengah sen kepada 81.5 sen manakala CSH Alliance merosot setengah sen kepada empat sen dan LGMS berkurangan dua sen kepada RM1.08.

Berita berkaitan
Selepas beberapa hari mengalami kejatuhan, ringgit dibuka tinggi sedikit
October 5, 2022· Isu semasa
Asas kewangan masih kukuh, Malaysia tak berdepan krisis: Zafrul
October 4, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka tak berubah, menghampiri RM4.70 berbanding dolar
October 4, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
October 3, 2022· Isu semasa
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
9 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
10 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
11 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok