Ringgit terus ditutup rendah hari ini

August 22, 2022 · Isu semasa

Ringgit ditutup rendah hari ini (22 Ogos 2022) berbanding dolar AS, sejajar dengan mata wang serantau yang diheret turun berikutan langkah China untuk mengurangkan kadar pinjaman utama (LPR), kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, unit tempatan ditutup pada 4.4855/4870 berbanding mata wang Amerika Syarikat daripada penutup 4.4760/4795 pada Jumaat.

Penganalisis itu berkata yuan dilaporkan mencecah paras terendah sejak September 2020 berikutan langkah untuk mengurangkan tekanan terhadap pasaran perumahan China dan ekonominya yang perlahan.

The People’s Bank of China mengurangkan LPR, penanda aras bagi kadar gadai janji sebanyak 15 mata asas kepada 4.30 peratus daripada 4.45 peratus.

Beliau berkata ringgit juga berada dalam aliran menurun berikutan penurunan harga minyak.

Penanda aras harga minyak mentah Brent kini berada pada AS$96.15 setong, turun 0.59 peratus.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2147/2163 daripada 3.2225/2254 ketika ditutup pada Jumaat, melonjak berbanding pound British kepada 5.2947/2965 daripada 5.3126/3167 sebelumnya, naik sedikit berbanding euro kepada 4.4886/4901 daripada 4.5069/5104.

Bagaimanapun, ringgit susut sedikit berbanding yen Jepun kepada 3.2786/2800 daripada 3.2767/2795 sebelumnya. – Bernama

Berita berkaitan
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
1 jam lalu· Politik
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
3 jam lalu· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi berbanding dolar AS, menghampiri RM4.70
18 jam lalu· Isu semasa
Nilai ringgit kekal menyusut berbanding dolar pagi ini
September 28, 2022· Isu semasa
Popular
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
2 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
2 jam lalu · Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
3 jam lalu · Isu semasa
2,445 kes semalam, dua kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok