Ringgit terus catat aliran penurunan, bursa pula ditutup rendah

September 13, 2022 · Isu semasa

Ringgit terus mencatatkan aliran penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran kebimbangan mengenai inflasi yang meningkat dan ketidaktentuan yang menyelubungi ekonomi pasaran sedang pesat membangun (EM), kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.5070/5085 berbanding dolar AS daripada 4.5010/5045 pada Isnin, lapor Bernama.

Penganalisis Pasaran ActivTrades Alexander Londono berkata kebimbangan mengenai inflasi telah menaikkan dolar AS berbanding mata wang pasaran sedang pesat membangun seperti ringgit.

“Bagaimanapun, lewat hari ini kami akan mendapat data Indeks Harga Pengguna (IHP) dari Amerika Syarikat dan jika bacaan adalah lebih baik daripada jangkaan, ringgit-dolar AS mungkin mendapat sokongan dan berada pada aliran meningkat.

“Hala tuju pasangan mata wang itu untuk minggu ini juga bergantung kepada data IHP dari Eropah, bukan sahaja dari AS,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2320/2333 daripada 3.2263/2286 pada Isnin dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1690/1703 daripada 3.1596/1615 semalam.

Ia rendah berbanding pound kepada 5.2768/2786 daripada 5.2658/2687 dan merosot berbanding euro kepada 4.5818/5833 daripada 4.5638/5663 sebelum ini.

Sementara itu, Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan tiga hari berturut-turut dengan ditutup rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung di kaunter saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya saham perbankan.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 10.12 mata atau 0.68 peratus kepada 1,487.84 daripada 1,497.96 sewaktu ditutup pada Isnin.

Indeks penanda aras yang dibuka rendah 0.56 mata kepada 1,497.40 bergerak di antara 1,482.38 dengan 1,497.88 sepanjang dagangan hari ini.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 449 berbanding 351, manakala 449 kaunter tidak berubah, 1,092 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.64 bilion unit bernilai RM1.74 bilion daripada 2.63 bilion unit bernilai RM1.55 bilion pada Isnin.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata penjualan hari ini memberikan kelebihan kepada pelabur berikutan FBM KLCI yang terkurang nilai.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan indeks penanda aras dalam aliran lebih tinggi untuk tempoh berbaki minggu ini, bergerak dalam lingkungan 1,480-1,510, dengan paras sokongan serta-merta pada 1,480 dan paras rintangan pada 1,500,” katanya.

Indeks pasaran serantau utama ditutup kebanyakannya tinggi, disokong oleh keyakinan menjelang pengeluaran data inflasi Amerika Syarikat yang dijangka meningkat pada Ogos, katanya.

“Bagaimanapun, peningkatan adalah terhad berikutan pelabur berhati-hati ke atas aktiviti ekonomi China yang perlahan susulan sekatan berkaitan Covid-19 baru-baru ini.

Berita berkaitan
Baik Zahid minta PM kerap buat mesyuarat ekonomi daripada PRU, kata pembantu Muhyiddin
September 30, 2022· Politik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar selepas kejatuhan semalam
September 30, 2022· Isu semasa
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
September 29, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Najib dapat keistimewaan kerana MOU Anwar dan DAP dengan kerajaan
November 19, 2021
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Kes baharu hampiri 7,000, Selangor, KL tertinggi
July 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
11 jam lalu · Isu semasa
2,007 kes semalam, 5 kematian
17 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
17 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
20 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok