Ringgit tak berubah berbanding dolar, minat belian kurang

June 20, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini berikutan kekurangan minat belian baharu, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.4000/4045 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.4000/4040.

Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran akan mencari petunjuk pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan datang pada Julai.

Menurut laporan berita, Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell menjangkakan kenaikan kadar 50 hingga 75 mata asas pada bulan depan.

“Pada minggu ini juga, Pengerusi Fed juga dijangka membentangkan kepada Senat AS pada 22 Jun berkenaan keadaan dasar monetari,” katanya menurut Bernama.

Selain itu, Mohd Afzanizam menambah mata wang tempatan diunjur kekal lemah sekitar RM4.40 berikutan kebimbangan terhadap pengetatan monetari yang agresif oleh Fed, yang akan menjadi pendorong kepada dolar AS yang lebih kukuh.

Mata wang ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Unit tempatan itu meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3794/3849 daripada penutup Jumaat 5.4208/4257 dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1680/1717 daripada 3.1753/1786 sebelum ini.

Ringgit turut menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2554/2590 daripada 3.2655/2688 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6191/6238 daripada 4.6314/6357 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
10 jam lalu· Isu semasa
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022· Isu semasa
Ringgit dijangka kekal menyusut berbanding dolar minggu depan
June 18, 2022· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, prestasi lemah berbanding dolar AS
June 14, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
July 6, 2022 · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
23 minit lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
30 minit lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
41 minit lalu · Isu semasa
Gempa di Laut Andaman tak cetus tsunami di Malaysia
49 minit lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok