
Ringgit jatuh ke paras terendah sejak krisis kewangan Asia 1997/1998 iaitu 4.7380 berbanding dolar AS pada 'black Friday' 21 Oktober 2022.
Ringgit jatuh ke paras terendah dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa (19 Julai) tatkala harga minyak Brent stabil selepas naik dua hari berturut-turut.
Kadar pertukaran dolar ke ringgit meningkat 0.08 peratus kepada 4.4575, naik bagi sesi keempat berturut-turut.
Ringgit berada pada tahap paling lemah berbanding dolar AS sejak Mac 2017, menurut laporan Theedgemarkets.
Harga minyak Brent susut 0.1 peratus, jatuh buat kali pertama dalam tiga hari.
Dana global adalah pembeli bersih membabitkan AS$17 juta (kira-kira RM75.79 juta) dalam ekuiti tempatan pada Isnin, menurut data pertukaran.
Minyak sawit melonjak paling tinggi dalam tempoh lebih empat bulan tatkala kemerosotan harga baru-baru ini meningkatkan permintaan, mengatasi kesan langkah terbaru Indonesia untuk mengecas eksportnya.
Hasil bon 10 tahun Malaysia berubah sedikit kepada 4.04 peratus.
Pada pembukaan urus niaga pagi tadi, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar, seiring dengan ketidaktentuan sentimen global di tengah-tengah risiko kemelesetan di AS dan krisis tenaga di Eropah.
Pada jam 10.22 pagi ini, ringgit susut ke paras 4.4555/4580 berbanding dolar AS daripada 4.4520/4550 pada akhir urus niaga semalam.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata sentimen lemah itu dijangka menguasai dagangan minggu ini terutamanya dengan tiadanya sebarang petunjuk baharu Rizab Persekutuan AS (Fed), menurut Bernama.
“Fed tidak akan memberi sebarang petanda yang akan mempengaruhi urus niaga mata wang. Selain itu, peningkat kes COVID-19 di Asia juga menjadi satu kebimbangan. Ini terutamanya di China memandangkan dasar COVID-19 negara itu yang tidak jelas dan boleh menjejaskan mata wang negara lain yang ada kaitan dengannya termasuk ringgit,” katanya.