Ringgit susut, bursa pula rendah

September 13, 2022 · Isu semasa

Ringgit terus susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan hari ini (13 September 2022) berikutan peningkatan permintaan terhadap dolar AS apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) mengesahkan komitmennya untuk mengekalkan inflasi terkawal.

Fed juga mengekalkan jangkaan kenaikan kadar faedah yang besar oleh bank pusat AS.

Pada jam 9.10 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.5030/5055 berbanding dolar AS daripada 4.5010/5045 pada penutup Isnin, lapor Bernama.

Pedagang ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, dolar AS terus meningkat berbanding ringgit, yang kini didagangkan di atas paras RM4.50 bagi satu dolar.

Pengerusi Fed Jerome Powell mengakui bahawa pengetatan ekonomi akan membawa sedikit kesan sosial kepada golongan yang kurang berkemampuan.

“Secara keseluruhannya, kenyataan ini mengulangi kedudukan semasa Fed mengenai dasar monetari yang lebih ketat. Kedudukan ini harus dikekalkan untuk beberapa waktu kerana data menunjukkan pasaran pekerjaan yang kukuh dan inflasi kekal tinggi,” kata Diniz.

Beliau berkata kesan utama peningkatan sistematik dalam kadar faedah di AS, ialah ia menjadikan sekuriti hutang awam semakin menarik minat pelabur.

“Jika anda menambah fakta bahawa bon AS dianggap paling selamat di dunia, ini cenderung mewujudkan aliran modal yang berterusan dari negara lain ke AS, modal yang ditukar daripada mata wang lain kepada dolar AS, mendorong mata wang AS lebih tinggi berbanding rakan niaganya,” tambahnya.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan lebih rendah.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2263/2286 daripada penutup Isnin pada 3.2224/2251 dan jatuh berbanding pound Britain pada 5.2658/2687 daripada 5.2549/2590 sebelumnya.

Ia susut berbanding euro kepada 4.5638/5663 daripada 4.5636/5671 dan susut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1596/1615 daripada 3.1526/1553.

Sementara itu, Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, walaupun sentimen pasaran serantau bertambah baik selepas rali di Wall Street semalaman, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.86 mata kepada 1,497.1 daripada 1,497.96 penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka 0.56 mata lebih rendah kepada 1,497.4.

Bagaimanapun, di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu 192 berbanding 113, manakala 233 kaunter tidak berubah, 1,803 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 290.1 juta unit bernilai RM87.81 juta.

Wall Street melanjutkan rentak menarik pada Isnin, rali kepada penutupan yang lebih tinggi secara mendadak dengan saham tenaga dan teknologi membantu tiga indeks utama AS mencecah paras tertinggi dua minggu.

Berita berkaitan
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
10 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
17 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
17 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
20 minit lalu
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok