Ringgit susut berbanding dolar pada awal dagangan

July 12, 2022 · Isu semasa

Ringgit susut daripada peningkatannya pada minggu lepas apabila dibuka rendah pada Selasa berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akibat kekurangan minat belian.

Pada 9.30 pagi ini, unit tempatan itu di paras 4.4335/4345 daripada 4.4250/4270 yang dicatatkan pada Jumaat lepas, lapor Bernama.

Pasaran ditutup pada Isnin sebagai cuti ganti bagi cuti umum Aidiladha.

Sentimen pasaran dijangka kekal tidak menentu di tengah-tengah prospek pertumbuhan global yang susut berikutan peningkatan ketara kadar faedah oleh bank-bank pusat yang lebih awal daripada dijangkakan.

Malah, menurut Kenanga Research yang juga cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank, mata wang yang terdedah kepada keadaan kitaran termasuk ringgit akan terus diniagakan dalam persekitaran tidak menentu dan susut berbanding dolar AS.

‚ÄúSehubungan itu, ringgit berkemungkinan bergerak dalam jajaran 4.42-4.44 berbanding dolar AS dengan Indeks dolar AS (DXY) dijangka kekal tinggi sekitar paras 107.0 sekiranya Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi Jun adalah lebih tinggi daripada yang dijangkakan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Walaupun Bank Negara Malaysia bertindak menaikkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas dan angka jualan runcit tempatan yang kukuh, ringgit sebaliknya menyusut kepada paras menghampiri 4.43 untuk pertama kali sejak Mac 2020 berikutan pengukuhan berterusan dolar AS.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2612/2624 daripada 5.2888/2912 pada Jumaat dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1495/1506 daripada 3.1528/1547, sebelum ini.

Unit tempatan itu juga meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2302/2312 daripada 3.2577/2595 pada minggu lepas dan naik berbanding euro kepada 4.4397/4407 daripada 4.4777/4797.

Berita berkaitan
Ringgit dijangka merosot berbanding dolar AS minggu depan
July 23, 2022· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
July 21, 2022· Isu semasa
Ringgit ditutup pada paras terendah dalam tempoh 27 bulan
July 14, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
July 6, 2022· Isu semasa
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
1 jam lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
2 jam lalu · Isu semasa
Sukan Komanwel: Nur Dhabitah raih perak acara terjun
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok