Ringgit susut berbanding dolar AS

June 13, 2022 · Isu semasa

Ringgit meneruskan aliran menurunnya daripada Jumaat minggu lepas untuk ditutup rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejajar dengan prestasi kebanyakan mata wang serantau lain apabila lebih ramai pelabur beralih kepada aset selamat, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut berbanding dolar AS kepada 4.4170/4185 daripada paras penutup 4.4000/4030 pada Jumaat, lapor Bernama.

Seorang peniaga berkata terdapat kebimbangan dalam kalangan pelabur apabila data inflasi AS yang tinggi pada Jumaat membayangkan negara itu bakal mengetatkan lagi dasar monetarinya dengan lebih agresif.

Sementara itu, MIDF Research berkata dolar AS meningkat berbanding mata wang utama pada minggu lepas apabila Indeks Dolar AS naik ke paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu pada 104.15, atau 2.0 peratus lebih tinggi berbanding minggu sebelumnya.

“Inflasi AS yang kekal tinggi pada Mei 2022 membayangkan Rizab Persekutuan akan mengetatkan dasar monetarinya dengan lebih agresif lagi dalam mesyuarat yang akan datang,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Sementara itui, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3892/3910 daripada paras penutup 5.4784/4822 pada Jumaat dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1770/1783 daripada 3.1856/1880.

Ringgit juga menokok berbanding yen Jepun kepada 3.2830/2844 daripada 3.2870/2895 dan menambah berbanding euro kepada 4.6211/6226 daripada 4.6618/6650.

Berita berkaitan
Ringgit dijangka kekal menyusut berbanding dolar minggu depan
June 18, 2022· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, prestasi lemah berbanding dolar AS
June 14, 2022· Isu semasa
Pakar ramal ringgit kembali mengukuh menjelang akhir tahun
June 3, 2022· Isu semasa
Dr Mahathir pertahan cadangan tambat ringgit, elak krisis
June 2, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
20 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
52 minit lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok