Ringgit rendah berbanding dolar

July 5, 2022 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini (5 Julai 2022) berikutan peniaga kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) selama dua hari yang bermula hari ini, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.4135/4160 berbanding dolar AS daripada 4.4120/4145 sewaktu ditutup pada Isnin, lapor Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, berikutan ketiadaan pasaran Amerika Syarikat (AS) disebabkan cuti Hari Kemerdekaan pada 4 Julai, sentimen terhadap ringgit akan menjadi perhatian dalam mesyuarat MPC BNM.

Beliau berkata jangkaan kepada Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang lebih tinggi dilihat telah membantu mendorong ringgit berbanding mata wang serantau.

“Prestasi ringgit berbanding dolar Singapura (SGD) adalah mengagumkan dengan bergerak pada sekitar RM3.15 bagi setiap SGD pada masa ini selepas hampir mencapai RM3.20 sebelum ini.

“Sekiranya BNM mengekalkan hala tujunya untuk normalisasi dasar monetari, ia sewajarnya memberikan rangsangan kepada ringgit,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata gandingan dolar AS/ringgit hanya mencatatkan perbezaan kecil pada Selasa berikutan ketiadaan ramai peniaga berikutan cuti Hari Kemerdekaan AS.

“Bagaimanapun, kita mungkin melihat ketidakstabilan pasaran yang ketara lewat minggu ini berikutan data pekerjaan bukan ladang ADP yang dikeluarkan pada Rabu dan gaji bukan ladang pada Jumaat.

“Data pekerjaan AS adalah relevan kerana ia memberi petunjuk kepada langkah Rizab Persekutuan (Fed) AS yang seterusnya berhubung dasar monetari,” katanya.

Data terkini menunjukkan pengangguran AS berada pada kadar 3.6 peratus, seiring dengan realiti sebelum pandemik, kata beliau sambil menambah, Fed akan terus berdepan cabaran untuk mengawal tahap inflasi yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun lepas.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali berbanding dolar Singapura.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3456/3487 berbanding 5.3496/3526 sewaktu ditutup pada Isnin, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2440/2461 daripada 3.2578/2599 sebelum ini dan naik berbanding euro kepada 4.6046/6072 daripada 4.6070/6096.

Bagaimanapun, ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1599/1620 daripada 3.1596/1618 pada Isnin.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya diniagakan rendah pada sesi awal dagangan hari ini.

Pada 9.45 pagi, kontrak Julai 2022 dan Ogos 2022 susut 1.5 mata masing-masing kepada 1,436.0 dan 1,437.0, manakala September 2022 tidak berubah pada 1,428.5 dan Disember 2022 meningkat 5.5 mata kepada 1,434.0.

Jumlah dagangan 1,136 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,113 kontrak.

FBM KLCI yang menjadi penanda aras menokok 3.51 mata kepada 1,441.03 selepas 45 minit dagangan.

Berita berkaitan
Faedah hutang 1MDB RM1.57 bilion tahun ini sudah dibayar kerajaan
August 2, 2022· Isu semasa
Ringgit dijangka merosot berbanding dolar AS minggu depan
July 23, 2022· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
July 21, 2022· Isu semasa
Ringgit ditutup pada paras terendah dalam tempoh 27 bulan
July 14, 2022· Isu semasa
Popular
RM93,300 untuk belanja sambutan hari jadi isteri Zahid, kata saksi
August 10, 2022
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
August 10, 2022
Peguam baharu Najib tarik diri jika kes rayuan diteruskan: Laporan
August 10, 2022
Ada peraturan larang buat kenyataan awam: KP JPA
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Hishammuddin perlu jawab tiga persoalan isu kapal tempur TLDM
2 jam lalu · Isu semasa
Bot karam di Pulau Redang: Tiga nelayan lemas, dua masih hilang
2 jam lalu · Isu semasa
RON97 turun lagi 10 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Hishammuddin sokong dedah laporan audit forensik kapal LCS
5 jam lalu · Isu semasa
Saksi beritahu tak siasat VIP lain didakwa terima wang UKSB
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
7 jam lalu
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok