Ringgit rendah berbanding dolar, indeks Bursa Malaysia mendatar

July 15, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit terus menyusut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini (15 Julai 2022), sementara indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pula dibuka mendatar untuk seketika, sebelum turun.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS apabila lebih ramai pelabur dilihat beralih kepada mata wang yang lebih selamat berikutan prospek ekonomi global yang tidak menentu, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, nilai mata wang tempatan turun kepada kepada 4.4450/4485 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.4435/4450, lapor Bernama.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS mengukuh berbanding ringgit pada hari Jumaat selepas pengeluaran data indeks harga pengeluar (IHPR) yang mengukur inflasi daripada perspektif perniagaan.

IHPR mencatatkan angka yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan, menambahkan lagi kebimbangan terhadap inflasi yang berleluasa di Amerika Syarikat.

Justeru, ini menyebabkan pelabur berpendapat Rizab Persekutuan AS perlu bertindak lagi untuk membendung kenaikan harga. Data tuntutan pengangguran awal juga lebih teruk daripada yang dijangkakan.

“Dari sudut teknikal, USD/MYR berada pada paras tertinggi sejak permulaan pandemik. Tahap melepasi 4.4500 boleh memberi ruang kepada peningkatan selanjutnya,” katanya.

Mata wang ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.2580/2621 daripada 5.2762/2780 pada Khamis, meningkat berbanding euro kepada 4.4543/4578 daripada 4.4635/4650 dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.1664/1694 daripada 3.1717/1732 semalam.

Ringgit bagaimanapun lemah berbanding yen Jepun kepada 3.2011/2040 daripada 3.2009/2022 sebelumnya.

Sementara itu, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka mendatar untuk seketika pagi ini tetapi bertukar rendah selepas itu apabila sentimen masih lagi dalam keadaan berhat-hati berikutan ketidaktentuan prospek ekonomi global, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, FBM KLCI susut 1.57 mata kepada 1,418.49 daripada 1,420.06 penutupan urus niaga semalam (Khamis).

Indeks barometer itu dibuka tidak berubah pada 1,420.06.

Sementara itu, di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter untung mendahului kaunter rugi 135 berbalas 128, manakala 206 kaunter tidak berubah, 1,807 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 167.08 juta unit bernilai RM39.18 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan, bursa tempatan mungkin kekal suram dalam tempoh terdekat, mengambil petunjuk daripada sentimen bercampur-campur di Wall Street di tengah-tengah pendapatan bank yang kurang menggalakkan.

“Pelabur boleh memilih saham dengan pinjaman minimum di bawah sektor pengguna dan REIT memandangkan persekitaran kitaran naik kadar faedah,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM8.61, Public Bank dan CIMB kerugian dua sen menjadi RM4.38 dan RM5.08, Petronas Chemicals naik tiga sen kepada RM8.06 dan IHH Healthcare kekal pada RM6.44.

Bagi saham aktif, Metronic meningkat setengah sen kepada 9.5 sen, Fitters Diversified dan BCM Alliance masing-masing menambah satu sen kepada 7.5 sen dan tiga sen manakala BSL Corporation naik setengah sen pada 10 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 9.11 mata menjadi 10,052.79, Indeks FBM Emas Syariah turun 4.73 mata kepada 10,087.53, FBM 70 lebih rendah sebanyak 6.24 mata kepada 12,015.79, Indeks FBMT 100 kerugian 9.49 mata kepada 9,819.98 dan FBM ACE menokok 23.06 mata kepada 4,575.88.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 39.35 mata kepada 16,020.85, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.21 mata menjadi 167.82 manakala Indeks Perladangan menokok 3.96 mata kepada 6,673.17.

Berita berkaitan
Jazlan bidas Ismail Sabri dan Hasni pertikai usul tiada pertandingan jawatan Presiden
January 18, 2023· Politik
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar
January 17, 2023· Isu semasa
Zahid akui Muhyiddin miliki majoriti awal jadi PM, 10 SD ditandatangani MP BN: Laporan
January 11, 2023· Politik
Manipulasi saham: Ahli perniagaan Malaysia dihukum penjara di Singapura
December 28, 2022· Politik
Popular
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
January 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tak tegas dalam tangani Islamofobia, NGO gesa ambil tindakan diplomatik
17 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan DAP P. Pinang harap kerajaan lulus projek banyak dalam Bajet 2023
17 jam lalu · Isu semasa
Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam
17 jam lalu · Isu semasa
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] KJ pilih bersama UMNO, tolak pelawaan sertai Perikatan Nasional
15 jam lalu
[VIDEO] Tak sedar formula gagal, Rafizi tuduh Perikatan akan main isu harga barang
January 26, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok