Ringgit rendah berbanding dolar AS

June 6, 2023 · Isu semasa

Ringgit memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS kerana pelabur masih mengambil sikap berhati-hati terhadap unjuran global walaupun dolar AS lemah sedikit, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5950/6000 berbanding dolar AS berbanding penutupan Jumaat pada 4.5745/5785.

Pasaran ditutup semalam (Isnin) sempena cuti hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Memetik laporan Bernama, Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata dolar AS lemah sedikit berikutan data indeks pengurus pembelian (PMI) ISM Services yang kurang menggalakkan berbanding unjuran dan mengharapkan agar kenaikan kadar faedah yang lebih rendah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun beliau menyatakan walaupun data PMI Caixin meningkat pada bulan Mei, yuan China masih lemah disebabkan oleh sentimen pasaran negatif di sekitar pertumbuhan China.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh kepada 3.2927/2965 berbanding yen Jepun daripada 3.2957/2989 pada penutupan Jumaat, meningkat berbanding euro pada 4.9240/9294 daripada 4.9254/9297 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7139/7201 daripada 5.7323/7373 minggu lepas.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.

Unit tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2029/2222 daripada penutupan urus niaga Jumaat 13.2402/2591 dan agak tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.17/8.19 daripada 8.18/8.19.

Namun begitu, ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4055/4094 daripada 3.4026/4059 minggu lepas dan lemah berbanding rupian Indonesia pada 308.5/309.0 daripada 305.0/305.5 sebelumnya.

Berita berkaitan
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
20 jam lalu· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, sudah cecah RM4.70
September 27, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
37 minit lalu · Isu semasa
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
53 minit lalu · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
13 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
13 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok