Ringgit rendah berbanding dolar AS

August 12, 2022 · Isu semasa

Sentimen bercampur-campur selain penyusutan harga minyak mentah menyebabkan ringgit diniagakan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini (12 Ogos 2022), kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, ringgit susut kepada 4.4450/4495 berbanding dolar AS daripada 4.4445/4460 pada akhir urus niaga Khamis, lapor Bernama.

Menurut penganalisis, kebimbangan mengenai inflasi serta prospek pertumbuhan global dan dasar kewangan dolar AS yang lebih ketat juga dijangka tidak menyokong pengukuhan ringgit dalam masa terdekat.

Malah, sebarang kenaikan kadar faedah AS akan memberi tekanan ke atas ringgit.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2441/2478 daripada 3.2456/2469 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4162/4217 daripada 5.4307/4326.

Unit tempatan itu juga naik berbanding yen Jepun kepada 3.3351/3387 daripada 3.3516/3529 pada Khamis dan meningkat berbanding euro pada 4.5846/5892 daripada 4.5934/5949, semalam.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
15 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
23 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok