Ringgit rendah berbanding dolar AS

August 3, 2022 · Isu semasa

Langkah pelabur mengambil untuk terus mencari perlindungan dengan mendapatkan mata wang selamat berikutan peningkatan risiko geopolitik menyebabkan ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini (3 Ogos 2022).

Ketika ini, lawatan Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi ke Taiwan telah meningkatkan ketegangan AS-Sino.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.4570/4595 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.4540/4565, lapor Bernama.

Pakar ekonomi Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pelabur mencari perlindungan daripada kemungkinan bencana akibat ketidaktentuan yang semakin memuncak, sama ada ekonomi atau geopolitik berikutan lawatan Pelosi walaupun amaran keras oleh pegawai China yang telah membawa kepada pelbagai latihan ketenteraan berhampiran selat Taiwan.

“Sementara itu, dolar AS dijangka memperoleh kekuatan selanjutnya selepas mengalami beberapa kelemahan baru-baru ini,” katanya.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) telah melepasi 106 mata pada masa ini kerana permintaan terhadap dolar AS telah meningkat.

“Oleh itu, gandingan dolar-ringgit dijangka kekal lemah dalam lingkungan paras RM4.45,” katanya.

Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3308/3330 daripada penutupan Selasa 3.4031/4053, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4139/4170 daripada 5.4406/4436 semalam.

Nilai ringgit turut mengukuh berbanding euro kepada 4.5274/5300 daripada 4.5587/5612 sebelum ini dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2211/2233 daripada 3.2278/2301 pada hari Selasa.

Berita berkaitan
Timbalan Presiden, bekas Presiden Paraguay dikenakan sekatan AS akibat rasuah
January 27, 2023· Dunia
Jazlan bidas Ismail Sabri dan Hasni pertikai usul tiada pertandingan jawatan Presiden
January 18, 2023· Politik
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar
January 17, 2023· Isu semasa
Zahid akui Muhyiddin miliki majoriti awal jadi PM, 10 SD ditandatangani MP BN: Laporan
January 11, 2023· Politik
Popular
Gopal Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun
January 29, 2023
Dasar manifesto apa kerajaan sekarang nak laksanakan, PH atau BN?
January 28, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
32 minit lalu · Isu semasa
Gopal Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun
1 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Johor meningkat, Sabah menurun dan Pahang kekal
2 jam lalu · Isu semasa
23 ladang babi di Pulau Pinang sudah dijangkiti ASF, kata Ketua Menteri
17 jam lalu · Isu semasa
Tak perlu darurat kerana banjir libatkan beberapa negeri sahaja: Zahid
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
2 jam lalu
[VIDEO] Bersatu buka peluang kepada bekas pemimpin Umno
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok