Ringgit pulih setelah menjunam terendah dalam tempoh 24 tahun

September 8, 2022 · Isu semasa

Ringgit pulih semula pagi ini (8 September 2022) selepas menjunam ke paras terendah dalam tempoh 24 tahun semalam dan dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ini kerana nilai yang rendah ekoran kemerosotan baru-baru ini telah mendorong pelabur untuk kembali kepada mata wang sedang pesat membangun, termasuk ringgit.

Semalam, ringgit dibuka pada paras terendah berbanding dolar AS sejak krisis kewangan Asia pada 1998, apabila lebih ramai pelabur beralih ke tempat selamat berikutan prospek ekonomi global yang tidak menentu.

Pada jam 9.05 pagi ini, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4990/5020 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.5020/5040, lapor Bernama.

Seorang penganalisis berkata pelabur juga optimis dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini yang mengunjurkan bank pusat itu akan meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) lagi.

“Pada pendapat saya, BNM akan menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi kepada 2.50 peratus untuk mengatasi kenaikan kadar inflasi, yang berada pada 4.4 peratus pada Julai lalu,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan itu menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2001/2029 daripada penutup Rabu 3.1990/2009, lemah berbanding pound Britain pada 5.1792/1827 daripada 5.1723/1746 dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.4932/4961 daripada 4.4615/4635 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun menjadi 3.1204/1229 daripada 3.1238/1254 semalam.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
16 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok