Ringgit, pasaran saham terus jatuh

October 12, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit dan pasaran saham hari ini (12 Oktober 2022) dilaporkan terus jatuh seiring tekanan yang dihadapi oleh negara-negara serantau.

Pada penutup hari ini, ringgit susut menjadi RM4.682 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS). Ketika penutup urus niaga semalam ringgit ditutup pada RM4.672.

Ringgit juga dilaporkan diniaga rendah berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Mata wang tempatan susut kepada RM5.1825 berbanding satu pound Britain, dan RM4.5453 (satu euro).

Sementara itu, walaupun mengurangkan beberapa kerugiannya, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal dalam wilayah negatif untuk hari kedua berturut-turut.

Indeks penanda aras ditutup 6.25 mata, atau 0.45% lebih rendah pada 1,380.57 selepas bergerak antara paras tinggi harian 1,391.47 dan rendah 1,376.54.

Pasaran yang lebih luas menunjukkan kelemahannya apabila pengambil untung mengatasi pemburu saham murah. Terdapat 490 kaunter rugi, 344 untung dan 384 kaunter didagangkan tidak berubah.

Kira-kira 1.85 bilion saham, bernilai RM1.6 bilion, bertukar tangan.

Data pasaran saham menunjukkan pelabur asing adalah penjual bersih yang melupuskan ekuiti bernilai RM139 juta pada hari Selasa.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
10 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
17 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
17 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
17 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
26 minit lalu
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok