Ringgit naik tapi masih bawah 4.70, Bursa Malaysia meningkat semula

October 26, 2022 · Isu semasa

Ringgit naik sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) – hari kedua berturut-turut – setelah Rizab Persekutuan (Fed) AS meredakan pendirian dasar monitarinya untuk menaikkan kadar faedah yang agresif.

Ketika urusniaga ditutup jam 6 petang tadi, nilai ringgit meningkat sedikit melepasi paras terendah sepanjang masa yang pernah dicatatkan tiga hari lalu iaitu 4.7380 pada Jumaat.

Hari ini ringgit ditutup pada 4.712, berbanding 4.735 semalam bagi satu dolar AS.

Paras terendah nilai ringgit pernah dicatatkan ialah 4.7250 pada 7 Januari 1998, ketika krisis kewangan Asia, sebelum kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu mengikat mata wang itu kepada 3.80 berbanding dolar AS.

Harga minyak sawit yang lebih tinggi, turut mempengaruhi kenaikan ringgit sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun, ringgit lebih lemah berbanding dolar Singapura iaitu pada 3.3454, berbanding 3.3233 semalam.

Sementara itu, belian berterusan dalam saham wajaran tinggi, terutama dalam sektor penjagaan kesihatan, perladangan dan telekomunikasi, mendorong Bursa Malaysia berakhir dalam zon positif hari ini selepas penurunan kecil semalam.

Seorang penganalisis mengaitkan kenaikan dalam dagangan disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.57 mata untuk berakhir pada paras tertinggi hariannya pada 1,454.98 berbanding penutupan Selasa pada 1,444.41.

Indeks barometer dibuka 3.16 mata lebih tinggi kepada 1,447.57.

Pasaran yang lebih luas juga positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 519 berbanding 354, manakala 376 kaunter tidak berubah, 1,115 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh pada sesi pembukaan
October 28, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
October 27, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,576 kes baharu, tiga kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
11 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
16 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022 · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok