Ringgit naik sedikit berbanding dolar

May 18, 2022 · Isu semasa

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini seiring dengan mata wang yuan China berikutan perkembangan positif di Shanghai, kata seorang penganalisis.

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.3840/3890 berbanding dolar AS daripada penutupan Selasa pada 4.3880/3915.

Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata yuan bertambah kukuh di tengah-tengah sentimen pengambilan risiko selepas Shanghai berhasrat untuk membuka semula perniagaan dalam tempoh dua minggu akan datang dan ini telah melonjakkan ringgit serta proksi pertukaran asing serantau China yang lain.

Shanghai telah mencapai status sifar COVID di seluruh daerahnya dan bandar itu dijangka dibuka secara beransur-ansur, menyasarkan untuk meneruskan kehidupan normal menjelang 1 Jun.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peningkatan sedikit ringgit itu turut disokong oleh perkembangan dalam sektor teknologi China.

“Pihak berkuasa China nampaknya lebih longgar terhadap sektor teknologi selepas lebih setahun industri berhadapan tekanan.

“Ini boleh memberi sedikit harapan bahawa industri, di samping kelonggaran lanjut akan langkah COVID-19, di Shanghai.

“Secara ringkasnya, pasaran kelihatan tenang dan terbuka, sekali gus membuka jalan kepada beberapa peluang membeli dalam aset berisiko seperti ekuiti,” katanya.

Namun begitu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan itu menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.1651/1690 daripada penutup Selasa 3.1643/1671 dan lemah berbanding euro kepada 4.6273/6326 daripada 4.5969/6005.

Nilai ringgit turut jatuh berbanding pound Britain kepada 5.4743/4805 daripada 5.4653/4696 semalam dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.3911/3952 daripada 3.3939/3969. – Bernama

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok