Ringgit merudum, rakyat terpaksa tanggung kesan, kata Muhyiddin

November 4, 2022 · Isu semasa

Kelemahan ringgit akan mempengaruhi kehidupan pengguna apabila mereka dibebankan dengan kenaikan harga akibat peningkatan kos import yang lebih tinggi, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, walaupun ia bukan satu situasi yang unik kepada Malaysia, kerajaan harus mengakui bahawa ringgit yang lemah, mempunyai implikasi yang serius kepada ekonomi.

“Ringgit yang lebih lemah juga akan menyebabkan kos import terutamanya makanan menjadi lebih tinggi dan kenaikan harga akan dibebankan kepada pengguna.

“Mereka dalam bidang perkilangan yang mengimport bahan mentah dari luar negara juga turut merasai keperitan, apatah lagi mereka yang mempunyai anak lelaki atau perempuan belajar di luar negara.

“Walaupun keadaan ekonomi semasa dan daya tahan perniagaan kita mungkin dapat menahan kesan inflasi yang tinggi dan kelemahan ringgit ini, tetapi untuk berapa lama? Tekanan inflasi dan ringgit yang lemah digabungkan boleh menghapuskan keuntungan yang kita perolehi dalam tahun pemulihan,” katanya dalam wawancara bersama media baru-baru ini.

Untuk rekod nilai ringgit jatuh lagi setelah urusniaga ditutup jam 6 petang semalam (3 November 2022), kali ini ke paras terendah dalam sejarah apabila mencatat 4.7425 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Nilai terendah pernah dicatat sebelum ini ialah pada Jumaat, 21 Oktober 2022, apabila menjunam 110 mata asas kepada 4.7380 berbanding satu dolar AS. Paras ini mengatasi catatan 4.7250 pada 7 Januari 1998, ketika krisis kewangan Asia.

Ketika urusniaga dibuka pagi ini (4 November), ringgit kekal diniagakan pada 4.7425 berbanding dolar, sama seperti ditutup semalam.

Kejatuhan nilai mata wang tempatan itu dikatakan kesan daripada tindakan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 75 mata asas (bps), selain kekukuhan mata wang dolar itu sendiri.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research berpendapat pelebaran spread yang berterusan antara Kadar Dana Persekutuan (FFR)-Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh membawa kepada kelemahan ringgit selanjutnya.

Ia berkata pelebaran spread FFR-OPR, yang meningkat daripada +63 mata asas (bps) kepada +113 mata asas, pada umumnya negatif untuk FBM KLCI (korelasi -58 peratus) dan berpotensi menyebabkan ringgit terus lemah.

HLIB menjangkakan pergerakan dolar AS berbanding ringgit berpurata pada 4.44 untuk tahun ini dan 4.80 pada akhir tahun.

Menjawab soalan, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri kelapan berkata apabila memasuki 2022, kerajaan yakin ia akan menjadi tahun pemulihan dan terbukti dengan pertumbuhan separuh pertama ialah 6.9 peratus dan pertumbuhan suku kedua kami ialah 8.9 peratus, yang tertinggi di Asia Tenggara.

“Sekali lagi, angka-angka ini adalah susulan dasar ekonomi yang telah diambil sejak Mac 2020, kami dipengaruhi oleh isu-isu global terutamanya perang di Ukraine, yang telah mengganggu rantaian bekalan global dan membawa kepada pengetatan dasar monetari di negara maju.

“Ini membawa kepada penurunan ringgit dan juga kenaikan kadar dasar semalam (OPR) berturut-turut oleh BNM.

“Tekanan inflasi dan kenaikan kadar faedah ini akan menjejaskan momentum pemulihan ekonomi. Kita harus ingat bahawa inflasi dikatakan sebagai cukai tambahan kepada golongan miskin dan seterusnya menjejaskan kuasa perbelanjaan memandangkan pertumbuhan gaji kita akan terjejas.

“Ia juga akan memberi kesan kepada kos pinjaman dan pelaburan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
Agong titah 30 MP BN datang menghadap, yang datang cuma 3
November 23, 2022· Politik
PN terima satu lagi sokongan angkat Muhyiddin jadi PM
November 22, 2022· Politik
PN, GPS bincang bentuk kerajaan Persekutuan
November 20, 2022· Politik
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia berdaya saing jadi negara ekonomi digital
January 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok