Ringgit merudum ke paras terendah dalam sejarah, bursa ditutup suram

November 3, 2022 · Isu semasa

Ringgit jatuh lagi, kali ini ke paras terendah dalam sejarah apabila mencatat 4.7425 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS), ketika urusniaga ditutup jam 6 petang tadi.

Nilai terendah pernah dicatat sebelum ini ialah pada Jumaat, 21 Oktober 2022, apabila menjunam 110 mata asas kepada 4.7380 berbanding satu dolar AS. Paras ini mengatasi catatan 4.7250 pada 7 Januari 1998, ketika krisis kewangan Asia.

Ketika urusniaga dibuka pagi tadi, ringgit jatuh kepada 4.7410, setelah ditutup pada 4.7360 semalam.

Kejatuhan nilai mata wang tempatan itu dikatakan kesan daripada tindakan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 75 mata asas (bps), selain kekukuhan mata wang dolar itu sendiri.

Langkah Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan sekali lagi kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.75 peratus pada mesyuaratnya hari ini, turut menjejaskan ringgit.

Ia adalah kenaikan kali keempat berturut-turut tahun ini bermula Mei, Julai dan September lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 bps kepada 2.50 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Bps merupakan satu unit yang digunakan untuk menunjukkan perubahan dalam instrumen kewangan. Formula bps adalah satu unit bersamaan dengan 1/100 daripada 1 peratus.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan kerajaan sementara Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini menjelaskan kadar tukaran ringgit bergantung kepada asas ekonomi negara dan turut dipengaruhi oleh kadar faedah di AS.

Beliau berkata pengumuman Fed AS pada Rabu, yang menaikkan kadar pinjaman penanda aras sebanyak 0.75 mata peratusan, telah meningkatkan kadar pinjaman dalam ekonomi terbesar dunia itu kepada empat peratus berbanding paras semasa Malaysia iaitu 2.5 peratus.

“Jadi, kadar ringgit dan semua ini bergantung kepada asas ekonomi dan kadar faedah yang berlaku di AS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Keluarga Malaysia Kuala Selangor 2022 di Kuala Selangor, hari ini.

Sementara itu, Bursa Malaysia pula ditutup suram kerana jualan saham mewah menyebabkan FBM KLCI merosot lebih daripada 2 peratus.

Pada jam 5 petang, indeks penanda aras jatuh 31.23 mata, atau 2.15 peratus kepada 1,420.38, rendah hariannya. Indeks dibuka 3.29 mata lebih rendah kepada 1,448.32 pagi ini.

Di seluruh Bursa Malaysia, sejumlah 2.62 bilion saham bernilai RM1.88 bilion bertukar tangan dengan saham susut mendadak mengatasi saham untung sebanyak 660 berbanding 238, dengan 360 kaunter lagi ditutup tidak berubah.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tiada wakil UMNO dan DAP di Kementerian Kewangan, dedah NST
December 2, 2022· Politik
Kita masuk pilihan raya nak menolong rakyat, kata Zafrul
November 4, 2022· Politik
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
1,576 kes baharu, tiga kematian
December 6, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,576 kes baharu, tiga kematian
1 jam lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
12 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
17 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022 · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok