Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.

October 31, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit dibuka rendah sedikit untuk hari dagangan ketiga berturut-turut berbanding dolar AS hari ini, menjelang keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai kadar faedah minggu ini, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7260/7310 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat lepas pada 4.7225/7275, menurut laporan Bernama.

Dalam satu nota, Kenanga Research berkata walaupun jangkaan kenaikan kadar 75 mata asas oleh Bank of England, kesinambungan kenaikan kadar faedah yang besar oleh Fed dan kelonggaran dasar monetari Bank of Japan mungkin boleh melonjakkan indeks USD (DXY) untuk pulih ke sekitar paras 112.0, justeru melemahkan ringgit.

“Namun begitu, mata wang tempatan dijangka kekal disokong pada sekitar paras 4.73 hingga 4.75, dipacu oleh jangkaan kenaikan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas oleh Bank Negara Malaysia pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari 2-3 Nov ini,” katanya.

Dari sudut teknikal, dolar AS mungkin menebus semula beberapa kerugiannya sekira sentimen pasaran bertukar lebih lemah, kata Kenanga Research.

Pada minggu hadapan, bank pusat AS mungkin akan mengumumkan satu lagi kenaikan kadar 75 mata asas pada hari Rabu, yang akan membawa kadar pinjaman penanda aras kepada empat peratus.

Di dalam negara, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun.

Mata wang tempatan itu menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.4850/4908 daripada 5.4455/4513 pada penutup Jumaat, turun berbanding dolar Singapura menjadi 3.3470/3510 daripada 3.3436/3474 dan lemah berbanding euro kepada 4.7062/7111 daripada 4.7008/7058 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun pada 3.1881/1919 daripada 3.1976/2012 pada hari Jumaat.

Berita berkaitan
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023· Isu semasa
Ringgit kekal momentum kejatuhan diheret sentimen pelabur di AS
May 31, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah lagi, paras RM4.60
May 30, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
2 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
5 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
19 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
11 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok