Ringgit menyusut paras terendah dalam tempoh 24 tahun

September 14, 2022 · Isu semasa

Ringgit terus merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka pada Rabu, seiring dengan harga minyak yang rendah berikutan ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.5200/5220 berbanding dolar AS daripada 4.5070/5085 sewaktu ditutup semalam, lapor Bernama.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS menunjukkan inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan pada 8.3 peratus berbanding ramalan 8.1 peratus.

“Bacaan yang lebih tinggi ini menyebabkan pelabur tertanya-tanya seberapa besar kenaikan kadar faedah yang boleh dilihat pada mesyuarat Rizab Persekutuan yang akan datang pada 21 September.

“Sebelum data IHP ini dikeluarkan, pasaran meramalkan kenaikan 0.5 – 0.75. Bagaimanapun, kini banyak pihak telah menaikkan ramalan mereka kepada 0.75-1.0 peratus,” katanya kepada Bernama.

Diniz berkata pasaran telah memberikan reaksi kukuh terhadap data itu, menyebabkan berlaku satu lagi kenaikan kukuh dolar AS berbanding mata wang lain.

Beliau berkata harga minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras global merosot sebanyak 0.08 peratus kepada US$93.10 setong.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi meskipun penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS ketika ini.

Beliau berkata prestasi ringgit harus dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dibandingkan dengan dolar AS kerana mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding banyak mata wang utama lain di dunia.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2153/2174 berbanding 3.2320/2333 sewaktu ditutup semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1282/1301 daripada 3.1690/1703.

Ia turut menokok berbanding pound Britain kepada 5.1989/2012 daripada 5.2768/2786 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.5105/5125 daripada 4.5818/5833 sebelum ini.

Berita berkaitan
Baik Zahid minta PM kerap buat mesyuarat ekonomi daripada PRU, kata pembantu Muhyiddin
September 30, 2022· Politik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar selepas kejatuhan semalam
September 30, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
September 29, 2022· Isu semasa
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
September 29, 2022· Politik
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
2 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
2 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
8 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
9 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
53 minit lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok