Ringgit menyusut pada sesi pagi, kena tempias kejatuhan Credit Suisse

March 16, 2023 · Isu semasa

Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Khamis apabila dolar kembali kukuh di tengah-tengah pergolakan Credit Suisse, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.5050/5115 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam di paras 4.4810/4870.

Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan ketara harga saham Credit Suisse telah memberikan tekanan kepada aset perbankan, menurut laporan Bernama.

“Situasi dinamik sedemikian telah menyokong nilai dolar AS, menyaksikan Indeks Dolar AS (DXY) memperoleh 1.1 peratus kepada 104.736 mata,” katanya.

Beliau juga berkata mod menghindar risiko telah menjadi lebih ketara apabila pelabur berusaha mencari perlindungan daripada ketidaktentuan pasaran yang lebih besar selain menyedari bahawa harga aset berisiko telah turun, begitu juga dengan hasil Perbendaharaan AS.

“Hasil Perbendaharaan AS 10 tahun menyusut 24 mata asas untuk ditutup pada 3.45 peratus,” katanya sambil menambah gandingan USD/MYR boleh bertahan sekitar RM4.4900 hari ini.

Sementara itu, ringgit tempatan diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.4393/4472 daripada 5.4292/4364 pada penutup Rabu dan lemah berbanding yen Jepun menjadi 3.3781/3837 daripada 3.3405/3453 semalam, tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.7699/7768 daripada 4.7853/7917 sebelumnya.

Pada masa yang sama, ringgit turut diniagakan lebih rendah berbanding mata wang Asean yang lain.

Ringgit menyusut nilai berbanding baht Thailand kepada 13.0395/13.0641 daripada 12.9415/9675 semalam, susut berbanding rupiah Indonesia kepada 292.70/293.30 daripada 291.20/291.80 pada Rabu, turun berbanding dolar Singapura menjadi 3.3353/3406 daripada 3.3291/3341 dan rendah berbanding peso Filipina pada 8.18/8.20 daripada 8.15/8.17
sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit dijangka berdepan tekanan berterusan
March 11, 2023· Isu semasa
Ringgit, pasaran Bursa ditutup rendah selepas pendakwaan bermotif politik
March 10, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, tren melemah berterusan
March 1, 2023· Isu semasa
Selepas Bajet dibentang, nilai ringgit semakin melemah
February 28, 2023· Isu semasa
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
38 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
5 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
50 minit lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok