Ringgit menyusut ke paras RM4.40 berbanding dolar

December 13, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit menyusut lagi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan dagangan pagi ini apabila ketidakpastian yang berlarutan mempengaruhi pasaran dengan pelabur berbelah bahagi mengenai apa langkah dasar monetari Rizab Persekutuan AS seterusnya, kata seorang peniaga.

Nilai ringgit pada mulanya sedikit pulih selepas kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dibentuk, bagaimanapun kembali menyusut kebelakangan ini.

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.4250/4300 berbanding dolar AS daripada 4.4150/4200 pada penutup semalam, menurut laporan Bernama.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pasaran meramalkan kadar faedah AS akan meningkat kepada 4.5 peratus daripada 4.0 peratus pada masa ini.

“Walau bagaimanapun, semua mata akan tertumpu pada sidang akhbar dan akan diikuti oleh pengumuman keputusan kadar faedah kerana ia mungkin memberikan petunjuk penting tentang bagaimana Rizab Persekutuan akan bertindak pada tahun 2023 dan sama ada ia akan mengambil sikap yang lebih cenderung menaikkan kadar faedah atau sebaliknya,” katanya dalam satu nota hari ini.

Ringgit diniagakan kebanyakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain pagi ini.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound British kepada 5.4317/4378 daripada 5.4190/4251 pada penutup Isnin, lemah berbanding euro kepada 4.6666/6719 daripada 4.6622/6675 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada  3.2686/2728 daripada 3.2641/2683.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2119/2160 daripada 3.2311/2350 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok