Ringgit menjunam lagi

September 19, 2022 · Isu semasa

Ringgit terus merekodkan kejatuhan susulan kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS) untuk sesi kelima berturut-turut pada Isnin (19 September), dengan satu lagi kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) AS yang agresif dijangka minggu ini, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.5495/5515 berbanding dolar AS, daripada 4.5340/5365 pada penutupan Khamis (15 September). Pasaran ditutup pada Jumaat (16 Sept), sempena sambutan Hari Malaysia, menurut Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli berkata ringgit turut ditekan oleh data jualan runcit dan tuntutan pengangguran AS yang lebih kukuh dan hanya mendorong bank pusat AS untuk mempertahankan pendirian tegas dalam menangani inflasi.

“Ini akan menyebabkan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan lagi kadar faedah yang akan memberi kesan terhadap mata wang negara-negara sedang pesat membangun, termasuk ringgit,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata ringgit semakin mengukuh berbanding mata wang utama lainnya sejak beberapa minggu lepas susulan asas-asas ekonomi negara yang kukuh manakala prospeknya juga kekal stabil di tengah-tengah pemulihan pasaran tenaga kerja secara beransur-ansur.

“Namun, ringgit dijangka kekal susut berbanding dolar AS berikutan jangkaan pasaran mengenai kenaikan satu mata penuh atau sekurang-kurangnya 75 mata asas dalam mesyuarat pada 20-21 September ini,” katanya.

Berikutan itu, Firdaos menjangkakan ringgit diniagakan antara RM4.55 hingga RM4.57 berbanding dolar AS pada minggu ini.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit rendah berbanding euro kepada 4.5372/5392 daripada 4.5317/5342 pada akhir urus niaga Khamis, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2261/2278 daripada 3.2238/2261 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.1706/1724 daripada 3.1647/1666 sebelum ini.

Unit tempatan itu bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.1678/1700 daripada 5.2214/2242 pada minggu lepas.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar, mengekalkan tren kejatuhan
September 22, 2022· Isu semasa
Ringgit kekal menyusut pada sesi awal urus niaga
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Ringgit ditutup rendah lagi berbanding dolar
September 20, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
8 jam lalu · Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
8 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
9 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
9 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
7 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok