Ringgit menjunam ke paras paling rendah hari ini, bursa ditutup tinggi

November 4, 2022 · Isu semasa

Ringgit mencatat sejarah sekali lagi hari ini (Jumaat, 4 November 2022) apabila nilainya jatuh ke paras terendah sepanjang masa – lebih rendah daripada ketika krisis kewangan Asia pada 1998.

Dengan ditutup pada 4.7460 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang tempatan itu mengatasi paras terendah 4.7380 yang dicatat pada 21 Oktober 2022.

Paras terendah ketika krisis kewangan Asia ialah 4.7250 yang dicatat pada 7 Januari 1998.

Kejatuhan ringgit hari ini disebabkan kekurangan pemangkin pasaran yang dijejaskan oleh ketidaktentuan pasaran, selain pengukuhan dolar AS dan kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara.

Dolar AS dilaporkan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai mata wang selamat dunia selepas Rizab Persekutuan (Fed) AS memaparkan pendirian untuk meneruskan kenaikan kadar faedah pada masa depan.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain, hari ini.

Mata wang tempatan susut berbanding euro kepada 4.6383 daripada 4.6258; dan 3.3517 berbanding dolar Singapura.

Sementara itu, pasaran saham Malaysia melonjak setelah ditutup pada paras tertinggi harian.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FBM KLCI naik 17.90 mata atau 1.26 peratus, untuk ditutup kepada paras tertinggi harian pada 1,438.28 daripada 1,420.38 pada Khamis.

Dalam pasaran yang lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 588 berbanding 269, manakala 391 kaunter tidak berubah, 1,078 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.39 bilion unit bernilai RM1.72 bilion daripada 2.63 bilion unit bernilai RM1.89 bilion pada Khamis.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh pada sesi pembukaan
October 28, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
October 27, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
31 minit lalu · Isu semasa
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
3 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
16 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
18 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok