Ringgit menjunam cecah paras terendah baharu dalam 24 tahun

September 14, 2022 · Isu semasa

Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu (14 September 2022) dengan mencecah paras terendah baharu dalam tempoh 24 tahun, selepas terus diasak tekanan susulan jangkaan pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat AS (Fed) menaikkan lagi kadar faedah akibat inflasi tinggi.

Unit tempatan itu susut kepada 4.5265/5285 berbanding dolar AS daripada 4.5070/5085 pada akhir urus niaga semalam, lapor Bernama.

Ringgit melepasi paras 4.5200 pada pagi ini yang juga angka terendah baharu dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar AS.

Penganalisis Pasaran ActivTrades Alexander Londono berkata jangkaan inflasi yang lebih tinggi, termasuk di Asia, ternyata menyebabkan pelabur mengelak aset berisiko dan sebaliknya beralih kepada aset selamat seperti dolar AS.

“Bagaimanapun, perlu ditekankan bahawa mata wang itu lebih cenderung untuk turun dan terdedah mengalami pembetulan yang ketara,” katanya kepada Bernama.

Londono berkata, jika angka Indeks Harga Pengeluar AS lebih tinggi daripada dijangkakan, dolar AS akan terus mengukuh yang hanya mendorong kepada penyusutan ringgit.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Firdaos Rosli berkata ringgit akan terus menerima tekanan berbanding dolar AS apabila jurang kadar faedah semakin melebar manakala kadar dana Persekutuan AS akan lebih tinggi berbanding kadar dasar semalaman (OPR) menjelang minggu depan.

Jelas beliau, pasaran juga memberi reaksi terhadap data terkini Indeks Harga Pengguna AS yang menunjukkan inflasi negara itu kekal tinggi biarpun harga minyak lebih rendah pada Ogos serta kenaikan kadar faedah secara agresif oleh pihak Rizab Persekutuan AS sejak beberapa bulan lepas.

Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2252/2268 daripada 3.2153/2174 dan rendah berbanding yen kepada 3.1616/1635 daripada 3.1282/1301 sebelum ini.

Unit tempatan itu turut rendah berbanding pound Britain pada 5.2331/2354 daripada 5.1989/2012 dan susut berbanding euro pada 4.5306/5326 daripada 4.5105/5125, sebelumnya.

Berita berkaitan
Baik Zahid minta PM kerap buat mesyuarat ekonomi daripada PRU, kata pembantu Muhyiddin
September 30, 2022· Politik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar selepas kejatuhan semalam
September 30, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
September 29, 2022· Isu semasa
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
September 29, 2022· Politik
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Rugi jika bubar MPN
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
57 minit lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
1 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
7 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
7 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok