Ringgit menjunam berbanding 1998, bursa ditutup tinggi

October 20, 2022 · Isu semasa

Prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini (20 Oktober 2022) terus merosot sejajar dengan pengukuhan mata wang utama itu yang menjadi pilihan selamat.

Ketika urus niaga ditutup hari ini ringgit terus jatuh mencecah ke paras terendah sepanjang masa yang dicatat ketika krisis kewangan Asia pada 1998, dengan penganalisis memberi alasan tekanan ekonomi tempatan dan dunia.

Ketika ditutup jam 6 petang tadi, ringgit menjunam lagi pada 4.7270 berbanding satu dolar AS. Ringgit dibuka pada 4.7250 berbanding dolar AS pagi tadi, setelah jatuh 35 mata asas kepada 4.7180 semalam.

Paras terendah pernah dicatatkan ialah 4.7250 pada 7 Januari 1998.

Mata wang tempatan bagaimanapun naik sedikit berbanding dolar Singapura iaitu kepada 3.3172 berbanding 3.3176 sebelum ini.

Sementara itu, FBM KLCI melonjak 1.6 peratus, manakala volum di Bursa Malaysia melebihi 2.7 bilion saham di tengah-tengah kepastian mengenai masa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Suruhanjaya Pilihan Raya tengah hari tadi mengumumkan tarikh pengundian PRU-15 adalah pada 19 November, dengan pengundian awal ditetapkan pada 15 November manakala tarikh penamaan calon pada 5 November.

Pada jam 5 petang, barometer pasaran melonjak 22.62 mata, atau 1.6 peratus kepada 1,437.72, tinggi hariannya.

Sebanyak 2.7 bilion saham bernilai RM2.6 bilion bertukar tangan.

Peniaga berkata bursa tempatan bergerak maju dan kukuh memandangkan tarikh PRU-15 kini sudah pasti.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh pada sesi pembukaan
October 28, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
October 27, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok