Ringgit melantun, dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

September 6, 2022 · Isu semasa

Ringgit melantun semula daripada kerugian semalam untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini (6 September 2022), di tengah-tengah sentimen bercampur-campur apabila peniaga kekal berhati-hati menjelang mesyuarat jawatankuasa dasar monetari (MPC) dua hari Bank Negara Malaysia (BNM) yang bermula esok, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9.01 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4860/4895 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.4900/4940, lapor Bernama.

Penganalisis itu berkata pasaran menjangkakan MPC BNM akan terus menaikkan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas lagi pada mesyuarat minggu ini.

“Dan selagi Rizab Persekutuan AS kekal dalam landasan untuk kenaikan kadar yang terlalu besar dalam beberapa bulan akan datang dan kebimbangan (ekonomi) China berterusan, kami fikir kebanyakan mata wang Asia, termasuk ringgit, akan berada dalam keadaan defensif berbanding dolar AS,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2022/2052 daripada penutup Isnin pada 3.1978/2011 dan jatuh berbanding euro kepada 4.4712/4747 daripada 4.4590/4630.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.1970/1997 daripada 3.1966/1997 dan lemah berbanding pound British kepada 5.1984/2024 daripada 5.1689/1735.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar, mengekalkan tren kejatuhan
September 22, 2022· Isu semasa
Ringgit kekal menyusut pada sesi awal urus niaga
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Ringgit ditutup rendah lagi berbanding dolar
September 20, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
8 jam lalu · Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
8 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
9 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
9 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
7 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok