Ringgit masih kekal dalam tren penurunan pada sesi pembukaan dagangan

September 15, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit kekal di atas paras RM4.52 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan dagangan pagi ini, menyaksikan dolar AS meneruskan kenaikan tanpa henti menghala ke paras tertinggi sepanjang masa, dirangsang oleh data terkini Indeks Harga Pengeluar (IHP) teras Amerika Syarikat yang memberangsangkan.

Pada jam 9.05 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5270/5305 berbanding dolar AS daripada 4.5265/5285 pada penutup hari Rabu, lapor Bernama.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data IHP AS merekodkan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 7.3 peratus berbanding ramalan 7.1 peratus.

“Dari sudut teknikal, kali terakhir dolar AS mencecah paras tertinggi sepanjang masa berbanding ringgit adalah pada November 2016, apabila ia mencapai 4.5380. Di sinilah dolar sepatutnya menghadapi rintangan sementara,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun yang mana mata wang tempatan turun kepada 3.1622/1649 daripada 3.1616/1635.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2193/2223 daripada 3.2252/2268 pada Rabu, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2178/2219 daripada 5.2331/2354 semalam dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.5143/5178 daripada 4.5306/5326 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023· Isu semasa
Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar
September 20, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah lagi berbanding dolar
September 14, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar
September 12, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
32 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok