Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia

March 16, 2023 · Isu semasa

Ringgit ditutup rendah hari ini (Khamis, 16 Mac 2023) berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah ketidaktentuan yang berpanjangan dalam sistem perbankan global, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.5005 berbanding satu dolar AS.

Penganalisis itu menyatakan bahawa pasaran tukaran asing (forex) Asia terjejas oleh ketidaktentuan yang berpunca daripada kebimbangan mengenai kedudukan kewangan salah sebuah bank terbesar di dunia, Credit Suisse, dan isu berterusannya.

Dalam pada itu, pasaran kini memberi perhatian kepada sebarang kenyataan Rizab Persekutuan AS (Fed) berhubung dasar monetarinya untuk bulan-bulan akan datang.

“Keputusan kadar faedah seterusnya hanya akan dibuat Rabu depan, dan kemungkinan pasaran akan terkurung sedikit sehingga itu,” kata penganalisis menurut laporan Bernama.

Sementara itu, ringgit juga didagangkan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ringgit jatuh berbanding pound Britain kepada 5.4330 daripada 5.4292 pada penutup Rabu dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.3866 daripada 3.3405, tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.7777 daripada sebelumnya 4.7777.

Begitu juga, mata wang tempatan turut didagangkan lebih rendah berbanding mata wang Asean.

Ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 13.0737 daripada 12.9415 pada Rabu dan jatuh berbanding rupiah Indonesia kepada 292.30 daripada 291.20.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3399 daripada 3.3291 pada Rabu dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.20 daripada 8.15 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit menyusut pada sesi pagi, kena tempias kejatuhan Credit Suisse
March 16, 2023· Isu semasa
Ringgit dijangka berdepan tekanan berterusan
March 11, 2023· Isu semasa
Ringgit, pasaran Bursa ditutup rendah selepas pendakwaan bermotif politik
March 10, 2023· Isu semasa
Tiada pemimpin parti dalam kerajaan mahu jatuhkan kerajaan, DAP jawab Hadi
March 7, 2023· Politik
Popular
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
57 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
11 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
11 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
12 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
24 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok