Ringgit kekal paras terendah dalam sejarah sejak 1998

October 25, 2022 · Isu semasa

Ringgit yang diniagakan semula hari ini (Selasa, 25 Oktober 2022) setelah urus niaga ditutup sempena cuti Deepavali pada Isnin, kekal mencatat paras terendah dalam sejarah mata wang negara di bawah 4.73.

Ketika ditutup pada jam 6 petang tadi, ringgit naik sedikit kepada 4.7250 bagi satu dolar Amerika Syarikat (AS), berbanding 4.7380 ketika penutup pada Jumaat lalu.

Paras terendah nilai ringgit pernah dicatatkan ialah 4.7250 pada 7 Januari 1998, ketika krisis kewangan Asia, sebelum kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu mengikat mata wang itu kepada 3.80 berbanding dolar AS.

Sebelum ini, laporan media mengatakan ringgit dijangka terus menurun berbanding dolar AS minggu ini, mungkin dalam julat 4.75, kata penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes menganggap bahawa Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS boleh kehilangan kesabaran kerana inflasi tidak jatuh cukup cepat di AS, yang bermakna kenaikan yang lebih agresif dan dolar AS yang kukuh.

“Nampaknya terdapat konsensus bahawa inflasi kekal degil dan tidak boleh diterima tinggi, justeru, pasaran juga berpendapat kenaikan kadar selanjutnya diperlukan,” katanya.

Ketua Pegawai Pelaburan Asia Tenggara bagi Principal Asset Management Bhd untuk Malaysia Patrick Chang berkata prospek ekonomi kekal mencabar kerana pelabur telah mengambil kira potensi kemelesetan ekonomi.

Ini, dan kebimbangan mengenai kenaikan kadar faedah di AS, ditambah dengan pertumbuhan yang lebih perlahan di China, telah menyebabkan kebimbangan yang lebih tinggi terhadap prospek ekonomi, katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh pada sesi pembukaan
October 28, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
October 27, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok