Ringgit kekal menyusut pada sesi dagangan awal

May 10, 2023 · Isu semasa

Ringgit terus berada pada aliran penurunan berbanding dolar AS dalam sesi awal hari ini berikutan sentimen menghindari risiko.

Pada 9.20 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.4475/4500 berbanding dolar AS daripada 4.4460/4500 pada Selasa, menurut laporan Bernama.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Harga Pengguna Amerika Syarikat (AS) akan dipantau dengan teliti berikutan pelabur mencari petunjuk kenaikan kadar faedah AS akan dihentikan seketika.

“Data perdagangan China, yang mendedahkan eksport sederhana kepada 8.5 peratus tahun ke tahun pada April daripada 14.8 peratus pada Mac, menunjukkan pertumbuhan global akan terus goyah.

“Pada masa yang sama, para pegawai Rizab Persekutuan AS yang memilih kepada kadar faedah tinggi selain siling hutang yang meningkat di Capitol Hill menunjukkan pasaran akan kekal terkawal dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Walaupun rendah berbanding pound kepada 5.6181/6212 daripada 5.6126/6177 pada Selasa, mata wang tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.8798/8825 daripada 4.8835/8879 semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.2910/2931 daripada 3.2963/2995 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia merosot kepada 3.3528/3549 berbanding dolar Singapura daripada 3.3522/3557 pada Selasa dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 301.7/301.9 daripada 301.6/301.9 semalam.

Mata wang tempatan turut susut berbanding baht Thailand kepada 13.2193/2322 daripada 13.1835/2016 dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 7.98/7.99 daripada 7.97/7.98 sebelum ini.

Berita berkaitan
Ringgit rendah berbanding dolar AS
20 jam lalu· Isu semasa
Kenaikan OPR seperti di Singapura, akan bantu kukuh nilai mata wang: PMX
20 jam lalu· Politik
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023· Isu semasa
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
15 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
15 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
15 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
15 jam lalu · Isu semasa
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok