Ringgit kekal dalam jajaran 4.71, bursa semakin pulih

October 18, 2022 · Isu semasa

Ringgit kekal dalam jajaran 4.71 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS) ketika urus niaga ditutup jam 6 petang ini (Selasa, 18 Oktober 2022) berbanding kadar penutup semalam.

Ketika ditutup jam 6 petang tadi, nilai ringgit berada pada 4.7145 berbanding satu dolar AS. Ketika ditutup semalam (Isnin) mata wang tempatan jatuh kepada 4.7150, berbanding 4.7025 pada Jumaat minggu lalu.

Kenaikan sedikit nilai ringgit itu dikatakan dipengaruhi oleh kelemahan sementara nilai AS, selain mata wang tempatan disokong berita bahawa Bank of England akan melanjutkan program pembelian bon kecemasannya.

Yuan China juga dikatakan stabil kerana Bank Rakyat China telah menetapkan yuan dalam julat yang ketat.

Sementara itu, FBM KLCI meneruskan kenaikan berturut-turut tiga hari, berakhir pada paras tertinggi hari ini di belakang dorongan besar-besaran pada jam terakhir dagangan.

Pada jam 5 petang, indeks 30 saham adalah 1.02 peratus atau 14.09 mata lebih tinggi untuk berakhir pada 1,400.36.

Keluasan pasaran keseluruhan adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu 566 berbanding 272, manakala 368 kaunter tidak berubah.

Jumlah dagangan mencecah 2.4 bilion unit bernilai RM1.71 bilion.

Peniaga berkata sokongan belian dalam indeks wajaran tinggi terpilih pada saat-saat akhir menyebabkan indeks utama ditutup tinggi dengan ketara hari ini sejajar dengan pasaran serantau.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh pada sesi pembukaan
October 28, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
October 27, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
9 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
14 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
47 minit lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok