Ringgit jatuh, terendah sejak Januari 2017 berbanding dolar AS

August 29, 2022 · Isu semasa

Ringgit kembali merosot kepada paras terendah sejak Januari 2017 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan unit negara maju naik kepada paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun berbanding mata wang utama selepas Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed), Jerome Powell menegaskan kadar yang tinggi dijangka berterusan untuk tempoh yang belum dapat dikenal pasti.

Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah isyarat bahawa inflasi ekonomi terbesar dunia itu tidak menunjukkan sebarang tanda penurunan.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.4885/4915 berbanding dolar AS daripada 4.4655/4675 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Seorang penganalisis memberitahu Bernama bahawa pasaran kini mengunjurkan kenaikan kadar faedah AS sebanyak 75 mata asas ketika mesyuarat Fed pada September dengan kadar antara 3.75-4.0 peratus menjelang akhir tahun ini.

Dalam negara, Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP) meningkat 4.4 peratus tahun ke tahun kepada 127.9 pada Julai 2022 berbanding 122.5 pada bulan yang sama tahun lalu.

Inflasi untuk tempoh Januari hingga Julai 2022 menokok 2.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2021.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, trend kadar inflasi yang tinggi adalah fenomena global yang turut dialami oleh banyak negara berikutan kenaikan input pengeluaran dan harga bahan api.

Bagaimanapun, Mustapa berkata kadar inflasi di Malaysia adalah antara yang paling rendah di dunia.

Beliau berkata kadar pada Julai 2022 adalah lebih rendah berbanding United Kingdom (10.1 peratus), Zon Euro (8.9 peratus), AS (8.5 peratus), Thailand (7.6 peratus), Singapura (7.0 peratus), Filipina (6.4 peratus), Korea (6.3 peratus) dan Indonesia (4.9 peratus), katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali berbanding euro dengan merosot kepada 4.4705/4735 berbanding 4.4668/4688 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2100/2126 daripada 3.2140/2159, naik berbanding pound Britain kepada 5.2439/2474 daripada 5.2831/2855 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.2385/2409 daripada 3.2619/2636 pada Jumaat.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
51 minit lalu· Isu semasa
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
54 minit lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
58 minit lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
1 jam lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok