Ringgit jatuh semula

May 31, 2022 · Isu semasa

Ringgit merosot daripada peningkatan semalam untuk ditutup rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi walaupun harga minyak meningkat, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.3755/3780 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3640/3685 pada Isnin, lapor Bernama.

Penganalisis Kanan Pasaran Asia Pasifik OANDA, Jeffrey Halley, berkata dolar AS memperoleh kekuatan dan mengalami kenaikan jangka pendek yang sederhana selepas hasil Perbendaharaan AS meningkat lebih tinggi.

“Dolar AS juga meningkat berbanding mata wang Asia hari ini selepas pemimpin Kesatuan Eropah (EU) mencapai persetujuan mengenai pelaksanaan larangan import minyak Russia.

“Pada peringkat ini, ia kelihatan mengalami pembetulan dan kami perlu menunggu sehingga sesi dagangan AS seterusnya untuk mendapat lebih banyak petunjuk,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1929/1949 daripada paras penutup 3.1940/1976 pada Isnin dan melonjak berbanding yen Jepun kepada 3.4202/4222 daripada 3.4289/4327 sebelumnya.

Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.5144/5176 daripada 5.5192/5248 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.6923/6950 daripada 4.6978/7027 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022· Isu semasa
RON97 naik 1 sen, RON95 dan diesel kekal
June 22, 2022· Isu semasa
Ringgit dijangka kekal menyusut berbanding dolar minggu depan
June 18, 2022· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, prestasi lemah berbanding dolar AS
June 14, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
5 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
5 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok