Ringgit jatuh semula hari ini, dagangan lesu di bursa saham

October 28, 2022 · Isu semasa

Nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini (Jumaat, 28 Oktober 2022) kembali menyusut di bawah paras terendah ketika krisis kewangan Asia iaitu 4.7250 pada 7 Januari 1998 lalu.

Ringgit ditutup pada 4.7225 berbanding dolar AS, rendah ketika urus niaga dibuka pagi tadi pada 4.7220.

Penurunan nilai ringgit itu dikatakan berlaku menjelang keputusan Rizab Persekutuan (Fed) AS yang dijangka menaikkan lagi kadar faedah bagi menangani inflasi, minggu depan.

Sekiranya Fed menaikkan lagi kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 75 mata asas pada 2 November depan, ia akan memudaratkan ringgit kerana kadar faedah tempatan tidak sepadan dengan kadar AS.

Sementara itu, Indeks utama Bursa Malaysia mengalami penurunan semula hari ini – hari kedua berturut-turut – selepas melepasi paras 1,450 pada Rabu, apabila pengambilan untung berlaku di seluruh pasaran yang lebih luas.

Dagangan lesu di bursa tempatan juga mencerminkan prestasi pasaran serantau yang lemah, apabila pelabur mencerna pengumuman kadar faedah oleh Bank Pusat Eropah (ECB) dan Bank of Japan (BOJ) untuk mendapatkan petunjuk menjelang mesyuarat Fed AS dan Bank Negara Malaysia minggu depan.

Pada 5 petang, FBM KLCI telah susut 6.78 mata kepada 1,447.31, berbanding penutupan Khamis pada 1,454.09.

Indeks utama dibuka 0.45 mata lebih tinggi pada 1,454.54, dan bergerak antara 1,442.04 dan 1,456.47 sepanjang hari.

Pasaran yang lebih luas menurun, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 450 berbanding 393, manakala 409 kaunter tidak berubah, 1,117 tidak diniagakan dan 83 yang lain digantung.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh pada sesi pembukaan
October 28, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
October 27, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
6 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
8 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
15 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
17 jam lalu · Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok