Ringgit jatuh semula, bursa rendah

November 10, 2022 · Isu semasa

Ringgit jatuh semula hari ini, (Khamis 10 November 2022) setelah tiga hari merekodkan nilai tukaran di atas 4.7 berbanding dolar Amerika Syarikat, di tengah-tengah prestasi dolar AS yang bercampur-campur semalaman.

Ketika urus niaga dibuka jam 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.7100 berbanding dolar AS, daripada penutup 4.6885 pada Rabu, selepas rali ketara pada Rabu.

Bernama melaporkan bahawa nilai ringgit merosot sedikit berbanding dolar AS menjelang indeks harga pengguna (IHP) AS yang dinanti-nantikan pada Khamis.

Pada masa sama dolar AS dilaporkan bercampur-campur dalam prestasi semalaman, tetapi arah itu bertukar lebih tinggi mendahului IHP AS, kerana data China yang lebih lemah menyebabkan kebimbangan pertumbuhan melalui pasaran tukaran asing Kumpulan 10.

Ringgit juga susut kepada 3.3614 berbanding dolar Singapura, selain jatuh berbanding yen kepada 3.2225 daripada 3.2159.

Sementara itu, Bursa Malaysia pula dibuka rendah, mengambil petunjuk daripada keputusan pilihan raya separuh penggal AS yang tidak pasti, dengan pengambilan untung dilihat dalam pengangkutan dan logistik serta saham tenaga, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FBM KLCI telah susut 5.23 mata kepada 1,440.96, daripada penutup Rabu pada 1,446.19.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 236 berbanding 66, manakala 175 kaunter tidak berubah, 1,849 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 134.94 juta unit bernilai RM42.33 juta.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh pada sesi pembukaan
October 28, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
October 27, 2022· Isu semasa
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
8 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
12 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok