Ringgit jatuh lagi, RM4.52 satu dolar AS

March 10, 2023 · Isu semasa

Ringgit jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika diniagakan pagi ini (Jumaat, 10 Mac 2023), tatkala dolar AS mengukuh menjelang pengeluaran data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.5200/5245 berbanding dolar AS daripada 4.5170/5200 ketika ditutup pada Khamis, menurut laporan Bernama.

Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata peserta pasaran berhati-hati mengenai NFP, yang dijangka berkurangan kepada 205,000 pada Februari, selepas melonjak kepada 517,000 pada Januari.

NFP boleh menjadi pemangkin untuk dagangan dalam pasaran pertukaran asing berdasarkan perubahan dalam pekerjaan.

“Indeks dolar AS kekal tinggi pada lebih 105 mata namun 0.39 peratus lebih rendah apabila indeks ini ditutup. Oleh itu, ringgit dijangka kekal dalam lingkungan RM4.50 hingga RM4.51 berbanding dolar AS hari ini,” katanya.

Sementara itu, peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sememangnya telah dijangkakan oleh pasaran, dan ini menandakan sedikit kestabilan ekonomi.

“Dari sudut pandang teknikal, pasangan dolar AS-ringgit kini berada dalam zon rintangan yang penting.

“Jika ia berjaya menembusi di bawah 4.4680, ia mungkin susut serendah 4.3650 dalam beberapa hari. Sebaliknya, jika harga itu menembusi melebihi 4.5350, ia boleh meningkat kepada 4.5800,” katanya.

Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3245/3283 daripada 3.3160/3184 ketika ditutup pada Khamis serta rendah berbanding pound British kepada 5.3924/3977 daripada 5.3608/3643.

Ringgit juga lemah berbanding euro kepada 4.97698/7.78698 7722.

Pada masa sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang tempatan turun berbanding baht Thailand kepada 12.9161/9356 daripada 12.8814/8962 semalam dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 292.90/293.20 daripada 292.70/292.90.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3397/3433 daripada 3.3405/3432 pada Khamis dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.18/8.20 daripada 8.18/8.18.

Berita berkaitan
Ringgit menyusut pada sesi pagi, kena tempias kejatuhan Credit Suisse
March 16, 2023· Isu semasa
Ringgit dijangka berdepan tekanan berterusan
March 11, 2023· Isu semasa
Ringgit, pasaran Bursa ditutup rendah selepas pendakwaan bermotif politik
March 10, 2023· Isu semasa
Tiada pemimpin parti dalam kerajaan mahu jatuhkan kerajaan, DAP jawab Hadi
March 7, 2023· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
10 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
10 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok