Ringgit jatuh lagi pagi ini, Kenanga Research ramal RM4.55 = AS$1

September 19, 2022 · Isu semasa

Ringgit meneruskan aliran menurun ketika pembukaan urus niaga agi ini (19 September 2022) disebabkan kekurangan pemangkin di tengah-tengah sentimen penolakan risiko yang semakin meningkat, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang ringgit susut kepada 4.5350/5405 berbanding dolar AS, daripada 4.5340/5365 yang dicatat ketika ditutup pada Khamis (16 September).

Pasaran ditutup pada Jumaat (16 September) sempena sambutan Hari Malaysia 2022.

Dalam satu nota, Kenanga Research berkata pelabur sentiasa memantau rapat dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang penting pada minggu ini, di mana Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dijangka meneruskan momentum kenaikan kadar faedahnya.

“Ringgit mungkin didagangkan sekitar 4.52 hingga 4.55 berbanding dolar AS yang selamat di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko yang semakin meningkat berikutan jangkaan bahawa Fed akan terus menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 75 mata asas lagi,” katanya.

Namun begitu, penurunan selanjutnya mata wang tempatan diimbangi oleh kenaikan harga minyak, di mana pada masa laporan ini disiarkan, penanda aras minyak mentah Brent meningkat 1.11 peratus kepada AS$92.36 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.1799/1862 daripada 5.2214/2242 pada penutup Khamis dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2236/2280 daripada 3.2238/2261 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan turun berbanding euro kepada 4.5395/5450 daripada 4.5317/5342 minggu lepas dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1729/1770 daripada 3.1647/1666 sebelumnya.

Berita berkaitan
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022· Isu semasa
Baik Zahid minta PM kerap buat mesyuarat ekonomi daripada PRU, kata pembantu Muhyiddin
September 30, 2022· Politik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar selepas kejatuhan semalam
September 30, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
October 2, 2022
81% pencarum KWSP Bumiputera miliki kurang RM1,000: Laporan
October 1, 2022
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
October 2, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pakar tempatan juga ada keupayaan urus ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi
3 jam lalu · Isu semasa
Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi
3 jam lalu · Isu semasa
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
8 jam lalu · Isu semasa
Rugi jika bubar MPN
9 jam lalu · Isu semasa
Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sekolah jadi pusat mengundi atau penempatan mangsa banjir, soal Rina Harun
1 jam lalu
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok