Ringgit jatuh lagi, hampir RM4.62 berbanding dolar AS

May 25, 2023 · Isu semasa

Ringgit terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang lain dalam tempoh enam bulan dan ketika ini didagangkan menghampiri paras rintangan pada 4.6257 berikutan krisis siling hutang AS, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Kali terakhir unit tempatan diniagakan pada paras semasa adalah pada 11 November, 2022, menurut laporan Bernama.

Pada 6 petang, ringgit berada pada paras 4.6245/6285 berbanding dolar US daripada 4.5920/5950 ketika ditutup pada Rabu.

Mohd Afzanizam berkata risiko siling hutang AS kekal menjadi kebimbangan utama dan pasaran kewangan dijangka kekal bimbang terhadap krisis siling hutang AS yang berlanjutan dan ekonomi global semakin lemah.

“Kami menjangkakan ia tidak memberi kesan kepada ringgit Malaysia. Bagi kadar dasar semalaman Malaysia, kami percaya ia akan kekal pada 3.00 peratus sepanjang tahun kerana ketidakpastian luaran meningkat yang mungkin memberi kesan langsung kepada permintaan luar Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Secara ringkasnya terdapat rasa kebimbangan yang lebih besar terhadap prospek ekonomi global.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Ketua Kumpulan, Penyelidikan Pasaran Kumpulan Perbankan RHB, Dr Sailesh K Jha berkata bank itu telah menunjukkan sasaran jangka pendeknya untuk dolar US-ringgit iaiatu 4.60 tetapi telah berubah, sasaran jangka pendek untuk dolar US-ringgit dinaikkan kepada 4.70 dengan baki risiko cenderung ke paras sekitar 4.75.

“Imbangan risiko kepada unjuran dolar US-ringgit akhir suku kedua 2023 kami adalah antara 4.55 dan 4.65 cenderung ke paras 4.65 dan 4.75.

“Kami menjangkakan tahap rintangan dolar US-ringgit yang kukuh seterusnya pada 4.6385 dan 4.6470 akan berubah dengan cepat kepada paras 4.70, katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Beliau berkata bagi jangka sederhana, bank itu tidak akan menolak berkemungkinan dolar US-ringgit mencecah paras 5.0.
“Sasaran jangka pendek dolar dolar Singapura-ringgit pada 3.40 juga telah berubah dan kami meningkatkan sasaran kami kepada antara 3.45 dan 3.50,” katanya.

Pada akhir urus niaga hari ini, ringgit turut susut berbanding kelompok mata wang utama kecuali yen Jepun.

Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.7247/7296 daripada 5.6877/6914 ketika ditutup pada Rabu, jatuh berbanding euro kepada 4.9630/9673 daripada 4.9470/9502 tetapi naik berbanding yen Jepun kepada 3.3141/3172 daripada 3.3148/3172 semalam.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang Asean lainnya.

Unit tempatan berada pada 3.4202/4237 daripada 3.4091/4115 berbanding dolar Singapura, berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 309.2/309.6 daripada 308.1/308.5 ketika ditutup pada Rabu, menguncup berbanding peso Filipina kepada 8.25/8.26 daripada 8.23/8.24 dan merosot berbanding baht Thai kepada 13.3602/3776 daripada 13.2924/3073 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit rendah berbanding dolar AS
20 jam lalu· Isu semasa
Kenaikan OPR seperti di Singapura, akan bantu kukuh nilai mata wang: PMX
21 jam lalu· Politik
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023· Isu semasa
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
7 minit lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
15 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
15 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok