Ringgit jatuh lagi, dibuka pada paras RM4.77 berbanding dolar

October 20, 2023 · Isu semasa

Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak tekanan berikutan faktor konflik di Timur Tengah yang berlanjutan.

Pada 9 pagi ini, unit tempatan itu susut kepada 4.7775/7830 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7710 pada Khamis, lapor Bernama.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama, pasaran mata wang akan terus menyaksikan keadaan tidak menentu dalam tempoh terdekat ini.

“Ringgit dijangka kekal dalam keadaan semasa dan sebagaimana prestasi semalam. Kebimbangan mengenai konflik Hamas-Israel menjadi tumpuan utama dan akan terus menjejaskan sentimen pasaran.

“Selain itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS dijangka mencecah paras 5.0 peratus, sekali gus membayangkan bahawa pasaran bon menyaksikan premium inflasi dan dijangka memacu hasil jangka panjang lebih tinggi.

“Hasil jangka pendek seperti tiga bulan jatuh kepada 5.47 peratus yang menjurus kepada keluk hasil lebih curam,” katanya.
Malah, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS kekal melebihi 4.9 peratus minggu ini iaitu yang pertama kali sejak 2007 dan hanya mengukuhkan lagi dolar AS.

Sementara itu, Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell semalam berkata bank pusat itu kekal lebih berhati-hati dalam soal keputusan dasar monetari berikutan lonjakan hasil bon yang telah mengetatkan keadaan kewangan secara lebih ketara.

“Hasil bon jangka panjang ini telah menjadi faktor pendorong penting dalam langkah lebih ketat itu,” katanya ketika berucap di Kelab Ekonomi New York

Di peringkat tempatan, ringgit juga rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.7927/7994 daripada 5.7712/7748 semalam, rendah berbanding euro kepada 5.0522/0580 daripada 5.0274/0305 dan turun berbanding yen pada 3.1880/1919 daripada 3.1821/1843.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang rantau ini iaitu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4781/4823 daripada 3.4702/4726 dan rendah berbanding dolar Thailand kepada 13.0955/1167 daripada 13.0716/0849.

Unit tempatan itu juga turun berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.44 daripada 8.38/8.39 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 302.0/302.5 daripada 301.4/301.8.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
30 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok