Ringgit jatuh lagi, bursa ditutup bercampur-campur

October 17, 2022 · Isu semasa

Ringgit terus jatuh ke paras terendah ketika ditutup petang ini (17 Oktober 2022) berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), tatkala pasaran yang sepatutnya menjadi pemangkin gagal memacu peningkatan mata wang tempatan.

Ketika urus niaga ditutup jam 6 petang tadi, ringgit mencecah 4.715 berbanding satu dolar AS. Pada awal dagangan jam 9 pagi tadi, ringgit diniagakan pada 4.7105, berbanding paras penutup 4.7025 pada Jumaat.

Sementara itu, Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dalam keadaan bercampur-campur dengan pembelian berterusan di kaunter penjagaan kesihatan dan utiliti terpilih.

Pada jam 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.80 mata kepada 1,386.27 daripada 1,382.47 penutup Jumaat lepas.

Indeks barometer dibuka 1.03 mata lebih tinggi pada 1,383.50, selepas itu merosot ke paras rendah 1,376.68 sebelum mengumpul momentum untuk arah aliran menaik sepanjang petang kepada paras tertinggi harian 1,389.21.

Di pasaran yang lebih luas, bagaimanapun, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 443 berbanding 363, manakala 394 kaunter tidak berubah, 1,145 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengecil kepada 1.98 bilion unit bernilai RM1.49 bilion berbanding 2.25 bilion unit bernilai RM1.76 bilion pada Jumaat.

Terdahulu, laporan menyebut Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi mungkin menjadi faktor kepada ketidaktentuan yang bakal menyelubungi pasaran saham tempatan dalam tempoh terdekat ini.

Penganalisis RHB Investment Bank, Alexander Chia, berkata pelabur saham di Bursa Malaysia disyorkan supaya melakukan pelaburan bertahan yang berpaksikan pulangan, melindungi modal serta terus bersiap sedia untuk sebarang peluang yang ada dalam jangka sederhana.

“Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal menjadi faktor yang mengakibatkan keadaan tidak menentu dalam masa terdekat, tetapi ia tetap tidak akan menjadi peristiwa yang menjejaskan pasaran selagi mana undang-undang dan prinsip tadbir urus baik dipatuhi,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Chia berkata, RHB Investment Bank terus mengambil langkah berjaga-jaga terhadap prospek pasaran saham tempatan pada suku tahun berikutnya memandangkan kebolehlihatan prospek pertumbuhan untuk 2023 dibelenggu oleh kegusaran berhubung isu makroekonomi dan tindakan dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS yang dilihat bertekad untuk meneruskan dasar monetari agresif, selain ancaman geopolitik dan sekatan Covid-19 di China.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh pada sesi pembukaan
October 28, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
October 27, 2022· Isu semasa
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok