Ringgit jatuh lagi berbanding dolar AS, menghampiri RM4.70

September 28, 2022 · Isu semasa

Ringgit terus mencatatkan aliran penurunan berbanding dolar AS semasa ditutup pada Rabu, bersama-sama dengan mata wang serantau lain berikutan Rizab Persekutuan (Fed) AS menyatakan untuk meneruskan dasar monetarinya yang agresif untuk memerangi inflasi.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.6285/6310 berbanding dolar AS daripada 4.6100/6120 semalam, lapor Bernama.

“Bukan sahaja ringgit merosot tetapi mata wang lain turut bergelut berbanding dolar AS dan diniagakan pada paras terendah dalam tempoh banyak dekad berikutan kenaikan kadar yang agresif oleh Fed manakala negara lain masih ketinggalan (untuk menaikkan kadar faedah),” kata seorang penganalisis.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.4184/4208 daripada 4.4321/4340 semalam, naik berbanding pound kepada 4.9409/9436 daripada 4.9770/9791 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1954/1975 daripada 3.2099/2117.

Unit tempatan, bagaimanapun, merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1974/1993 daripada 3.1925/1941 sebelum ini.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok