Ringgit jatuh, kerajaan tak cadang semak semula unjuran ekonomi: Rafizi

May 28, 2023 · Isu semasa

Kerajaan belum bercadang untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini susulan penyusutan mata wang ringgit dua minggu kebelakangan ini.

Bagaimanapun, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan mata wang tempatan itu, menurut laporan Bernama.

Penyusutan nilai ringgit dua minggu ini disifatkan banyak dipengaruhi oleh hasil perbincangan mengenai had siling hutang Amerika Syarikat (AS) sekali gus mempengaruhi sentimen pasaran.

“Setakat ini terlalu awal untuk menetapkan bahawa kejatuhan mata wang ringgit untuk satu dua minggu ini akan ada kesan kepada projection (unjuran pertumbuhan ekonomi).

“Kita perlu menunggu data-data perdagangan dan ekonomi dalam bulan hadapan, dua bulan lagi kerana yang mempengaruhi unjuran pertumbuhan itu bukan sangat melibatkan kadar nilai ringgit tetapi lebih kepada aktiviti perdagangan (seperti) eksport, import, harga minyak dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rafizi berkata situasi nilai ringgit sekarang turut membawa kebaikan, contohnya kepada pendapatan negara dan juga sektor minyak memandangkan pricing (penetapan harga) adalah dalam nilai dolar Amerika Syarikat.

“The higher the price is and the weaker ringgit is, lebih banyak duit kita dapat tetapi contohnya bagi eksport kita (adalah sebaliknya). Jadi, kita akan terus memantau situasi tapi setakat ini tiada sebarang keperluan (untuk menyemak semula unjuran),” kata Rafizi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) susulan penyusutan mata wang tempatan.

Tahun ini, kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi pada kadar empat hingga lima peratus.

Terdahulu, Rafizi menghadiri sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Berita berkaitan
Firma penarafan semak unjuran KDNK 2023 negara turun jadi 4 peratus
August 23, 2023· Isu semasa
Pertumbuhan KDNK susut 2.9 peratus, PMX digesa tumpu pulihkan ekonomi: Marzuki
August 22, 2023· Isu semasa
Ramalan tak memberangsangkan, hanya Menteri Ekonomi terangsang: Shahrir
August 21, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023 · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023 · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
20 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok