Ringgit jatuh ke paras terendah dalam sejarah negara

October 21, 2022 · Isu semasa

Ketiadaan pemangkin baharu untuk menyokongnya menyebabkan nilai ringgit hari ini (Jumaat, 21 Oktober 2022) jatuh ke paras terendah dalam sejarah negara.

Ketika ditutup pada jam 6 petang tadi, ringgit jatuh 110 mata asas kepada 4.7380 bagi satu dolar Amerika Syarikat (AS), berbanding ketika penutup semalam pada 4.7270.

Pada jam 9 pagi tadi, ringgit susut 75 mata asas kepada 4.7345. Paras terendah pernah dicatatkan ialah 4.7250 pada 7 Januari 1998.

Kejatuhan ringgit juga dikatakan berpunca daripada kecenderungan Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk meningkatkan kadar faedah, sekali gus mewujudkan kebimbangan bahawa langkah memperketat monetari yang lebih tegas boleh mencetuskan pandemik di seluruh dunia.

Selain itu, sentimen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) juga menyebabkan pelabur mengamalkan pendekatan tunggu dan lihat untuk memerhati dasar yang akan dilaksanakan.

Berikutan pendirian Fed untuk meningkatkan kadar faedah, Bank Negara Malaysia dijangka melaksanakan satu lagi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dengan sasaran untuk menstabilkan penyusutan ringgit dan menarik pelaburan ke negara ini.

Sementara itu, FBM KLCI mengekalkan arah aliran mantapnya untuk ditutup lebih tinggi hari ini, menentang prestasi rakan serantaunya.

Barometer pasaran menambah 8.7 mata atau, 0.61 peratus untuk berakhir pada 1,446.42, tidak jauh daripada paras tertinggi harian 1,444.26.

Pada asas mingguan, indeks itu meningkat 63.95 mata daripada 1,382.47 seminggu sebelumnya.

Terdapat 400 kaunter untung, 388 rugi dan 382 kaunter didagangkan tidak berubah di Bursa Malaysia. Jumlah dagangan sebanyak 1.99 bilion saham bernilai RM1.55 bilion.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Sokongan Melayu terhadap BN merosot : Kajian
November 4, 2022· Politik
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Ringgit merosot lagi pada awal sesi dagangan.
October 31, 2022· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh pada sesi pembukaan
October 28, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Kes Hakim Syarie berbogel, polis dalam proses rakam keterangan saksi
January 13, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Cabaran rasuah siber menerusi wang kripto perlu segera ditangani
August 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok