Ringgit jatuh, bursa dibuka tinggi

September 27, 2022 · Isu semasa

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi urus niaga Selasa apabila dolar AS terus menambah nilai, didorong oleh pendirian dasar monetari AS yang begitu agresif untuk membendung inflasi di negara itu, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6045/6085 berbanding dolar AS daripada 4.6030/6045 semalam, lapor Bernama.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata kenaikan rancak nilai dolar baru-baru ini telah menyebabkan kejatuhan dalam ekuiti Eropah serta pound Britain.

“Dari sudut teknikal, dagangan ringgit berbanding dolar sedang menghampiri zon rintangan pada paras terendah 1998.

“Memandangkan tiada rintangan besar antara nilai semasa dan paras terendah 1998, dolar mungkin bergerak lebih tinggi berbanding ringgit,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat nilai berbanding euro kepada 4.4364/4403 daripada 4.4405/4420 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.1876/1908 daripada 3.1950/1965.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2087/2117 daripada 3.2054/2069 pada penutup Isnin dan lemah berbanding pound Britain menjadi 4.9600/9643 berbanding 4.9197/9213 semalam.

Sementara itu, Bernama juga melaporkan Bursa Malaysia melantun semula untuk bergerak lebih tinggi pada sesi awal dagangan pagi ini, sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau.

Pada jam 9.25 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.82 mata atau 0.48 peratus kepada 1,419.86 daripada 1,413.04 pada penutup urus niaga Isnin.

Bagaimanapun, indeks utama itu dibuka 0.18 mata lebih rendah pada 1,412.86.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 240 berbanding 144, manakala 241 kaunter tidak berubah, 1,772 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung

Jumlah dagangan adalah sebanyak 336.26 juta unit bernilai RM179.32 juta

Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat bursa tempatan dijangka menyaksikan keadaan tidak menentu yang kian meruncing berikutan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global apabila Wall Street merosot dengan lebih ketara dalam pasaran yang begitu lemah.

“Sektor tenaga dan perladangan juga mungkin berdepan jualan selanjutnya kerana harga komoditi masih meneruskan pergerakan menurun.

“Sebaliknya, memandangkan ringgit telah susut melepasi RM4.60 berbanding dolar AS, kami percaya ia akan memberi manfaat kepada syarikat berorientasikan eksport sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat,” kata firma pembrokeran itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
20 juta pengundi layak pilih kerajaan baharu hari ini
November 19, 2022· Politik
Najib belanja RM1.2 juta di hotel Trump pada 2017, pilih bilik mewah
November 15, 2022· Isu semasa
Menjelang PRU-15, nilai ringgit terus menjunam menghampiri RM4.80
November 2, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Malaysia berdaya saing jadi negara ekonomi digital
January 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,421 kes baharu, 9 kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022 · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022 · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022 · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
December 2, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok