Ringgit, FBM KLCI dibuka rendah

June 30, 2022 · Isu semasa

Ringgit meneruskan aliran menurun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$) pagi ini berikutan indeks dolar AS (DXY) yang lebih kukuh selepas pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell mengulangi pendiriannya untuk terus menaikkan kadar faedah dalam usaha meredakan kenaikan inflasi, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan susut kepada 4.4020/4045 berbanding dolar AS daripada 4.3980/4010 pada penutup semalam (Rabu), menurut Bernama.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY berakhir lebih tinggi malam tadi dengan mencatatkan 105.104 mata.

Beliau berkata semasa sesi panel Bank Pusat Eropah, Powell menyatakan ekonomi AS berada dalam keadaan kukuh dan baik untuk menahan kesan daripada dasar monetari yang lebih ketat.

“Oleh itu, ringgit sepatutnya terus kekal berlegar sekitar RM4.40 berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, beliau menambah sentimen dijangka kekal berhati-hati apabila kebimbangan terhadap kemelesetan semakin meningkat di AS.

“Ini disebabkan hubungan rapat keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS dan Malaysia. Justeru, sebarang gangguan dalam pertumbuhan AS, Malaysia akan turut merasai tempiasnya,” kata beliau.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3379/3409 daripada penutupan urus niaga Rabu 5.3480/3516, ia lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1596/1619 daripada 3.1645/1671 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5966/5992 daripada 4.6227/6259 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2228/2251 daripada 3.2217/2242 semalam.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan (FKLI) FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya diniagakan lebih rendah pada sesi dagangan awal pagi ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang tidak menentu.

Pada 9.22 pagi, Jun 2022 turun 3.5 mata kepada 1,446.50, Julai 2022 susut 3.0 mata kepada 1,444.50, September 2022 naik 2.0 mata kepada 1,438.00 dan Disember 2022 lebih rendah sebanyak 2.0 mata menjadi 1,437.00.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 1,268 lot, dengan kepentingan terbuka 41,067 kontrak.

Pada 9.22 pagi, penanda aras FBM KLCI susut 1.86 mata kepada 1,449.62 daripada 1,451.48 di penutupan urus niaga Rabu.

Berita berkaitan
Dasar monetari proaktif kerajaan jamin ringgit, pasaran kewangan stabil: Zafrul
August 11, 2022· Isu semasa
Kerajaan tidak ada rancangan tambat ringgit: Zafrul
August 11, 2022· Isu semasa
Faedah hutang 1MDB RM1.57 bilion tahun ini sudah dibayar kerajaan
August 2, 2022· Isu semasa
Ringgit dijangka merosot berbanding dolar AS minggu depan
July 23, 2022· Isu semasa
Popular
Permohonan Najib ‘cacat, pentingkan diri sendiri’, kata pendakwaan
August 15, 2022
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kejatuhan harga minyak, kadar faedah China jejas nilai ringgit
1 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara lulus empat RUU
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
2 jam lalu · Isu semasa
KKM mohon lebih banyak dana penjagaan kesihatan awam
3 jam lalu · Isu semasa
Skandal kapal tak siap: Bekas pegawai tinggi BNS didakwa esok
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
8 jam lalu
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok