Ringgit diunjur susut minggu depan

September 3, 2022 · Isu semasa

Ringgit berkemungkinan bergerak dalam aliran penyusutan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan berikutan kemungkinan pihak Rizab Persekutuan (Fed) negara maju itu menaikkan lagi kadar faedah.

Ketua Ahli Ekonomi Global Juwai IQI Shan Saeed berkata kecenderungan bank pusat AS itu untuk menaikkan kadar tersebut dijangka berterusan untuk beberapa lama dalam usaha membendung inflasi, lapor Bernama.

“Ringgit sebaliknya dijangka dapat bertahan susulan peningkatan semula komoditi ketika asas-asas makro kekal kukuh.

“Malah, angka perdagangan kekal baik dengan kestabilan makroekonomi masih lagi wujud di pasaran,” katanya kepada Bernama.

Pada Selasa lepas, pihak Fed memaparkan pendiriannya yang lebih memilih untuk menaikkan kadar faedah pada mesyuarat akan datang berikutan inflasi di ekonomi terbesar dunia itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan susut.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff menjangkakan ringgit diniagakan dalam julat 4.4800-4.4900 berbanding dolar AS minggu depan.

Pada minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding dolar AS selepas mata wang negara maju itu mencecah paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun berbanding mata wang utama lain di tengah-tengah penurunan harga minyak susulan kebimbangan mengenai ekonomi China.

Selain itu, pada Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS pada 4.4855/4870 berbanding 4.4655/4675 pada minggu sebelumnya.

Ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.

Unit tempatan itu naik berbanding yen kepada 3.1950/1963 daripada 3.2619/2636, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.1888/1906 daripada 5.2831/2855, turun berbanding dolar Singapura pada 3.1996/200 daripada 3.2140/2159, minggu lepas.

Namun ringgit susut berbanding euro kepada 4.4873/4888 daripada 4.4668/4688 pada minggu sebelumnya.

Berita berkaitan
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka paras RM4.72 berbanding dolar, kembali menyusut
November 10, 2023· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.72 untuk seminggu ini, kekal rendah lagi
November 4, 2023· Isu semasa
Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing
November 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
14 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
22 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok