Ringgit ditutup tinggi hari ketiga berturut-turut berbanding dolar AS

August 11, 2022 · Isu semasa

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut disebabkan minat risiko yang tinggi dalam pasaran dirangsang oleh data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang lebih rendah daripada jangkaan, manakala lonjakan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia baru-baru ini meningkatkan keyakinan dalam pasaran.

Pada 6 petang, 11 Ogos 2022, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4445/4460 berbanding dolar AS daripada 4.4545/4570 pada Rabu.

Peniaga berkata pelabur bertindak balas berikutan wujudnya kecenderungan untuk melonggarkan dasar monetari selepas data IHP AS dikeluarkan dan kadar yang ditetapkan untuk mesyuarat Rizab Persekutuan pada September, akan condong ke arah kenaikan 50 mata asas (bps) berbanding 75 mata asas.

“Pasaran Asia boleh menyaksikan permintaan bagi ekuiti disokong oleh dolar yang lebih lemah,” katanya menurut Bernama.

Beliau menyatakan bahawa pelabur telah menunjukkan minat terhadap Bursa Malaysia, yang seterusnya meningkatkan permintaan terhadap ringgit.

Indeks penanda aras mencecah dan kekal di atas paras psikologi 1,500 dan mengakhiri dagangan pada paras tertinggi hariannya pada 1,505.56 berbanding 1,492.33 semalam.

Sementara itu, ringgit ditutup rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2456/2469 daripada 3.2333/2356 dan merosot berbanding pound kepada 5.4307/4326 daripada 5.3828/3858 sebelumnya.

Mata wang tempatan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.3516/3529 daripada 3.3004/3025 pada Rabu dan susut berbanding euro kepada 4.5934/5949 daripada 4.5547/5573 pada semalam.

Berita berkaitan
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, sudah cecah RM4.70
September 27, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
September 27, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
3 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
3 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
23 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok