Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar

May 30, 2022 · Isu semasa

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah apabila China melonggarkan sekatan berkaitan pandemik Covid-19, ditambah dengan dolar AS yang semakin lemah, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan naik kepada 4.3640/3685 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3950/3990 pada Khamis, lapor Bernama.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Asia Pasifik Jeffrey Halley berkata ringgit menjadi lebih kukuh apabila harga minyak bertambah baik manakala beberapa mata wang serantau juga mencatatkan keuntungan yang baik berbanding mata wang Amerika Syarikat itu hari ini walaupun harga minyak yang lebih tinggi akan meningkatkan subsidi domestik negara.

Ketika berita ini ditulis ,penanda aras harga minyak mentah Brent naik 0.33 peratus kepada US$119.8 setong.

“Bagaimanapun, jika harga minyak terus meningkat minggu ini, kenaikan dalam mata wang Asia mungkin akan berkurangan,” kata Halley kepada Bernama.

Beliau berkata keuntungan mata wang Asia hari ini turut disokong oleh kemerosotan dolar AS apabila sentimen risiko yang bertambah baik terus melonggarkan kenaikan dolar AS.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1940/1976 daripada paras penutup 3.1962/1982 pada Jumaat dan melonjak berbanding yen Jepun kepada 3.4289/4327 daripada 3.4450/4472 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding pound Britain kepada 5.5192/5248 daripada 5.5170/5201 pada Jumaat dan turun berbanding euro kepada 4.6978/7027 daripada 4.6905/6932 sebelumnya.

Berita berkaitan
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022· Isu semasa
Ringgit dijangka kekal menyusut berbanding dolar minggu depan
June 18, 2022· Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, prestasi lemah berbanding dolar AS
June 14, 2022· Isu semasa
Pakar ramal ringgit kembali mengukuh menjelang akhir tahun
June 3, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
4 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
5 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok